Adra Darjah 1

Dah siap. Jom pergi sekolah

Dah siap. Jom pergi sekolah

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat Adra untuk tahun 2017 ini. Adra dah pun selamat bergelar sebagai Pelajar Darjah 1 di sekolah berhampiran rumah Tokwan. Senang untuk sebarang urusan penghantaran dan pengambilan Adra dari sekolah.

Sebetulnya, tanggal 30 Disember 2016 lagi Adra telah diminta untuk menghadiri sesi Hari Orientas & Ujian Diagnostik bagi Darjah 1. Alhamdulillah, Adra tidak punya masalah untuk menjawab sebarang soalan yang dikemukakan. Dan tanggal 3 Januari 2017 bermulalah episod baharu untuk Adra.

Seawal jam 5.50 pagi lagi Adra telah dikejutkan Daddy untuk bangun mandi bersiap. Hari pertama dia punya semangat lain macam sikit. Kejut sekali sahaja Adra sudah pun tercegat bangun untuk mandi dan bersiap. Usai bersiap, teruslah kitaorang menuju ke rumah Tokwan terlebih dahulu untuk mengambil kasut yang sedari awal memang ditinggalkan di sana. Apa yang menariknya lagi, Aliff Mikael juga bakal mula bertadika di Pasti Litte Daie. Melihatkan dia yang seakan gembira untuk bertadika padahal kaki nangis juga si Aliff Mikael itu sebenarnya, hihihi!

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Selepas bersalaman dengan Tok & Tokwan, maka teruslah Daddy & Mama menghantar Adra ke sekolah yang bermula pada jam 7.30 pagi. Sampai sahaja di perkarangan sekolah kelihatannya anak-anak berbaju sekolah begitu teruja bagi memulakan sesi persekolahan 2017 ini. Tepat jam 7.30 loceng pun dimulakan tanda bermulanya waktu persekolahan untuk hari pertama ini. Bagi murid Darjah 1, sudah tentu perasaan bercampur baur. Antara teruja, gembira, bimbang, takut dan lain-lain perasan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Menambahkan lagi debaran adalah untuk sesi pembahagian kelas bagi murid Darjah 1 berdasarkan Ujian Dianogstik yang telah dilakukan sebelumnya.

Lega juga Adra dibuatnya kerana berjaya menempatkan diri dalam kelas yang agak baik juga. Setelah selesai sesi pembahagian kelas, maka Adra pun diarahkan untuk menuju ke kelas meninggalkan Daddy & Mama yang harus tunggu di kantin sekolah sahaja.

Jemput makan

Jemput makan

Dalam kelas, seperti biasalah ada sesi suai kenal lebih kurang. Tepat jam 10.00 pagi, Adra dah pun menuju ke kantin untuk mendapatkan Daddy & Mama yang setia menanti. Sampai sahaja, boleh tahan ramai juga murid-murid di sekolah. Mujur Daddy bersedia memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak membeli makanan. Nampak sahaja Nasi Ayam, terus rasa berselera pula. Adra pun segera menghulurkan RM2 sebagai tanda persetujuan untuk membuat pertukaran dengan sepinggan Nasi Ayam. Jadilah.

Tamat waktu rehat, maka bersambunglah kembali sesi pembelajaran suai kenal di hari pertama ini. Sedar tidak sedar, tamatlah sudah hari pertama persekolahan untuk tahun 2017 ini. Banyak hari lagi nak kena tempoh. Sebelah petang pula, Adra hanya mengambil kelas mengaji di Kelas Al-Quran Ideal di Taman Bullion Mewah buat mengisi masa yang terluang. Doakan Adra sihat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. 🙂

Jom pergi mengaji

Jom pergi mengaji

 

Seronoknya Bertadika Pasti As-Syafie

s3

Lama sungguhlah Adra tidak mengemaskini blog. Mood nak menulis bukan main payah nak nak dapat. Sedangkan dalam tempoh beberapa bulan ni banyak juga aktiviti yang Adra berpeluang lakukan. Cuma untuk entri yang ini, Adra berhasrat untuk memberikan apresiasi kepada Tadika Pasti As-Syafie.

Walaupun hanya setahun di Tadika Pasti As-Syafie ini, Adra cepat menyesuaikan diri. Adra sangat gembira dapat bersekolah tadika di sini. Mempunyai kawan-kawan yang baik dan tidak lupa juga barisan cikgu-cikgunya yang sangat berdedikasi. Apa yang menariknya, bakat Adra berpidato telah dicungkil di Pasti As Syafie ini. Macam tidak percaya pun ada sebenarnya Adra berani untuk ke hadapan.

Sekitar bulan Ogos yang lalu, Adra berpeluang untuk mewakili Tadika Pasti As-Syafie untuk bertanding Pidato Alam Ria Pasti Kawasan Batu. Yang menariknya, Adra berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Fuh, macam tak percaya sahaja. Kejayaan tersebut melayakkan Adra untuk bertanding mewakili Kawasan Batu ke Pertandingan Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah pula. Walaupun gagal mendapat kejayaan, namun keupayaan Adra untuk berdiri di hadapan pentas dan orang yang ramai, sesungguhnya tidak ramai anak muda yang berani. Eceh. Sesungguhnya Adra ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang berjaya mengenal pasti bakat terpendam Adra ini 🙂 .

Dari segi pencapaian akademik pula, secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jikalau dahulu Adra mendapat tempat ke 6, peperiksaan kali ni Adra berjaya mendapat tempat ke 4 di dalam kelas. Walaupun tidak begitu cemerlang, Adra sebetulnya dah cukup rasa berpuas hati. Mungkin nak masuk ke Darjah 1 tahun hadapan boleh dipertingkatkan lagi prestasi pelajaran Adra ini.

Sewaktu pertandingan Sukaneka Pasti Batu, prestasi Adra dan rakan-rakan yang lain pun tidak kurang hebatnya bertanding. Dapat jugalah beberapa pingat untuk dibawa pulang. Mujur juga tiada ganjaran pencen yang diberikan. Hihihi!

Sekarang ini, walaupun sudah masuk ke cuti sekolah akhir tahun, tapi Adra masih lagi hadir ke Tadika Pasti As-Syafie kerana telah mendaftar dengan program Smart Pasti (program harian). Setidaknya hadir ke sekolah, masih lagi dapat jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Cuma minggu ini merupakan minggu terakhir Adra akan berada di sini. Sedih pula rasa di hati. Selepas ini kena buat persiapan untuk ke Darjah 1 pula.

Sebagai penutup kepada entri ini, sekali lagi Adra merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Dalila, Cikgu Nabila, Cikgu Sakinah, Cikgu Ika dan lain-lain cikgu yang sempat mengajar Adra selama di Tadika Pasti As-Syafie. Mohon dihalalkan ilmu yang telah diajarkan kepada Adra. Insya Allah, Adra akan kenang sampai bila-bila 🙂

Jom kita layan gambar.

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah*

Pertandingan pun bermula

Pertandingan pun bermula

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!*

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

***************

Sukaneka Pasti

Geng Pasti As-Syafie

Geng Pasti As-Syafie

Alhamdulillah, berjaya meraih beberapa pingat untuk di bawa pulang

Alhamdulillah, berjaya meraih pingat Gangsa & Perak untuk di bawa pulang

***********

Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah

Bersiap sedia

Bersiap sedia

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

***********

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti*

Gambar terakhir bersama :)

Gambar terakhir bersama :)*

 

*Sumber gambar daripada Cikgu Dalila / Cikgu Sakinah

 

 

 

 

 

 

 

Entri Hari Raya Eidulfitri 2016

Adra9

Rasanya macam dah lambat sangat untuk Adra mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri buat semua. Maaf, tahun ini memang tiada entri bersempena Bulan Ramadhan memandangkan Adra masih lagi tidak berpuasa. Entahlah, belum sampai seru lagi orang kata. Harap-harapnya tahun hadapan Adra dah benar-benar bersedia untuk menjalani ibadah puasa ini, Insya Allah.

Jadinya, marilah kita ke entri berkenaan Hari Raya Eidulfitri. Tahun ini merupakan giliran untuk kitaorang beraya bersama Tok & Tokwan terlebih dahulu. Jadi bermalamlah kitaorang di rumah Tok pada malam raya tersebut. Nak dijadikan cerita, pada malamnya Adra dah mula rasa sakit tekak macam nak demam. Ternyata, pada keesokkannya Adra betul-betul mengalami sakit tekak. Bila dah sakit tekak ni, mood Adra untuk beraya ini pun mulalah lari. Nak pakai baju raya pun macam nak berapa nak ada mood. Apatah lagi nak menjamah makanan yang telah tersedia. Membiarkan yang lain sibuk bergambar, Adra hanya duduk sendirian melayan perasaan. Setelah puas dipujuk Tokwan, barulah Adra sedikit bersemangat nak menyambut Hari Raya kembali. Jadilah, sarung sekejap Jubah Raya yang telah dibelikan Nenek tempohari buat bergambar dengan ahli keluarga.

Manakala, pada keesokkan Raya Keduanya, kitaorang dah pun mula bergerak pulang ke Melaka. Mujur juga Adra dah kembali sihat. Baru sedap sikit nak berjalan sambil salam cium tangan dapat duit raya, hihihi! Di Melaka, boleh tahan banyak jugalah rumah saudara-mara yang sempat Adra kunjungi. Memang menjadi rutinlah berziarah rumah sanak dan saudara di kawasan Klebang, Tangga Batu, Sg Rambai, Pokok Mangga dan tak lupa juga kawasan Lorong Pandan. Walaupun penat, tapi  Adra berasa seronok. Apatah lagi tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Afia yang comel itu 🙂

Jomlah kita layan gambar sebagai penutup kepada entri Raya kali ini.

Adra10

Entah apalah yang dipelikkan si Afia ni..hihihi!

Entah apalah yang dipelikkan si Afia ni..hihihi!

Selamat Hari Raya Tokwan

Selamat Hari Raya Tokwan

Mujur ada juga gambar bersama si comel ni

Mujur ada juga gambar bersama si comel ni

Ok, masa untuk ber'selfie' berjemaah

Ok, masa untuk ber’selfie’ berjemaah

Ok, salin balik kepada baju yang selesa Adra pakai

Ok, salin balik kepada baju yang selesa Adra pakai

 

Gambar beraya di Melaka pula

Gambar beraya di Melaka pula

Inilah keluarga Adra

Inilah keluarga Adra

Dady & Mama yang Adra sayangi

Dady & Mama yang Adra sayangi

Gambar bersama Moyang..itupun hujung-hujung aja..hihihi

Gambar bersama Moyang..itupun hujung-hujung aja..hihihi

Selamat Hari Ulang Tahun Ke 6 Adra

B1

Kek tajaan Mama

Sebetulnya ada entri Hari Raya yang perlu diterbitkan terlebih dahulu, tetapi memandangkan masih belum siap sepenuhnya dek kerana nak kena edit dahulu gambar, maka Adra lepaskan terlebih dahulu entri yang penting ini.

Iya, tanggal 21hb Julai kembali lagi. Tahun 2016 ini merupakan ulang tahun ke 6 buat Adra. Alhamdulillah, selama 6 tahun Adra menjalani kehidupan sebagai anak kecil pelbagai ranjau juga telah Adra tempuhi. Tapi Adra yakin, kehidupan mendatang pasti lebih banyak cabaran dan liku-liku yang perlu Adra tempuhi. Suka dan duka silih berganti. Namun Adra percaya, itu adalah asam garam kehidupan. Insya Allah, dengan adanya ahli keluarga di sisi, Adra yakin semua itu bukanlah suatu masalah untuk Adra harungi, eceh.

Buat yang telah mendoakan di laman sosial Daddy & Mama, terima kasih Adra ucapkan. Terima kasih ini juga Adra panjangkan kepada Daddy yang sudi membelikan Adra hadiah & juga Mama yang turut sudi menaja kek dan juga air kotak untuk sambutan secara indie di Tadika Pasti. Hihihi.

Jom layan gambar penerimaan hadiah Hari Jadi Adra 😉

Berdebar juga menerima bungkusan Pos Laju ini. Entah apa isinya

Berdebar juga menerima bungkusan Pos Laju ini. Entah apa isinya

Eh! Eh! Macam tahu sahaja apa bendanya ini

Eh! Eh! Macam tahu sahaja apa bendanya ini

Yeay !!

Yeay !!

Hadiah acah-acah Lego. Terima kasih Daddy. Adra suka sangat!

Hadiah acah-acah Lego. Terima kasih Daddy. Adra suka sangat!

 

 

Hari Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar

pasti

Fuh, kali ini betul-betul lama Adra tidak mengemaskini blog. Betul punya lama. Kalau nak diikutkan, banyak cerita yang hendak Adra kongsikan, tapi macam tidak kesampaian pula..hihihi!

Sementara mood nak menulis tengah ada, marilah Adra kongsikan tentang peristiwa yang baharu sahaja berlangsung minggu sudah, Hari Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar. Seminggu sebelumnya, Adra telah pun selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Kalau nak diikutkan, berdebar juga sebenarnya apabila Mama & Daddy hendak ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu di Tadika Pasti As Syafie ini. Tapi Adra tabahkan jugalah. Berdebar ke tidak, tolak ke tepi terlebih dahulu.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kitaorang dah pun sampai ke Tadika Pasti As Syafie ini. Terus sahaja Adra dan Mama masuk ke dalam berjumpa dengan Cikgu Nabilah membiarkan Daddy bersama Afia menunggu di luar yang mana akhirnya mereka menunggu di dalam kereta sahaja. Boleh tahan lama jugalah Adra bersama Mama berhadapan dengan Cikgu Nabilah ini. Secara keseluruhannya pencapaian Adra agak sederhana juga. Cuma menurut kata Cikgu, Adra ini bangsa yang suka menyiapkan tugasan dalam keadaan yang lekas dan tergesa-gesa tanpa mahu menyemak terlebih dahulu. Ikut perangai Daddy barangkali..hihihi! Sebab itulah ada beberapa kertas soalan, agak teruk juga markah hingga menjejaskan markah keseluruhan.

Berkedudukan nombor 5 dalam kelas (daripada 12 orang murid), dan 12 (daripada 24 orang murid) keseluruhan untuk murid 6 tahun, sememangnya banyak lagi yang perlu Adra perbaiki dan musahasabah diri untuk persiapan peperiksaan akhir tahun nanti. 🙂