Edisi Berjalan ke Penang – Vol 2

Ramai tengah beratuq tu

Ramai tengah beratuq tu

Selepas Maghrib tu, cadangnya Daddy nak bawa kitaorang pekena kari kepala ikan di Restoran Pen Mutiara. Restoran ni kira jauh jugalah kerana terletak di kawasan Batu Maung, tapi Mama pula kata kalau tak pekena pasembuq macam tak sah pula bila dah sampai ke Penang ni. Jadi, Daddy membuat keputusan untuk pergi ke medan selera Pandu Gurney [Gurney Drive] sahaja. Dengar kata macam-macam makanan boleh jumpa kat situ. Tapi cuma yang buat tak bestnya, keadaan lalu lintas pada malam tersebut tersangatlah sesaknya. Kereta bukan main bersepah nak menghala ke arah Gurney Drive tersebut. Mujur waktu ni tahap kesabaran Daddy terhadap kesesakan lalu lintas berada pada tahap tertinggi. Kalau tak, mau dah lama dah kedengaran carutan dari mulut Daddy.

Lepas pekena pasembuq, kitaorang menyambung kembali perjalanan. Kali ini menuju ke Batu Feringghi pula. Dengar kata, kat sana ada jualan yang menarik juga. Tak sampai 10 minit, kitaorang pun sampai ke sana. Tak lama pun kitaorang menghabiskan masa kat sini sebab Adra dah mula rasa kurang selesa akibat daripada peningkatan suhu yang agak panas. Adra mula gelisah. Terus sahaja bagi isyarat kepada Daddy agar segera menuju ke kereta untuk pulang. Tambahan pula, mata Adra ni dah mula mengantuk.

Namun, sewaktu dalam kereta ternyata semua orang terasa sedikit kelaparan akibat daripada aktiviti penjalanan kaki ke pasar malam Batu Feringghi tersebut. Langsung sahaja Daddy menghalakan kereta ke satu lagi tempat yang menarik untuk makan waima jam dah menunjukkan hampir ke angka 11 malam. Sebaik sahaja sampai di Nasi Kandar Beratur, kelihatan begitu ramai orang sekali yang sedang beratur. Alang-alang dah sampai ke Penang, Daddy gagahkan juga turut beratur sama. Tak berapa lama selepas itu [sebenarnya tersangatlah lama Daddy beratur. Jam 12.20 tengah malam baru selesai Daddy membeli 2 bungkus nasi kandar tersebut untuk dikongsi antara Daddy-Mama dan juga Tokwan-Tok] kitaorang pun segera pulang ke hotel. Mujur jarak dengan hotel memang tak berapa nak jauh. Hajat dihati macam nak merasa juga nasi kandar ni, tapi tak Adra harus mengalah kepada mata ni yang dah terlalu mengantuk. Sudahnya Adra membiarkan Daddy sama Mama menghabiskan sahaja nasi kandar tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s