Mari Berjalan Ke Sunway Kayangan

Hari Sabtu yang lalu Daddy telah mengajak kitaorang ke Sunway Kayangan, ke rumah Uncle Sepat. Uncle Sepat ni sebenarnya geng kereta Daddy dan Uncle Sepat juga adalah salah seorang pembaca tegar blog Adra ni..hihi. Bila dengar nama ada Kayangan macam ni, serta merta Adra terbayangkan satu tempat yang serupa macam Kayangan, maksudnya perkara-perkara yang bertaraf premium.


Sebaik sahaja Adra sampai di depan pintu pagar, kelihatan Uncle Sepat dah bersedia di depan untuk mengalu-alukan kehadiran kitaorang. Tengok dari luar, boleh tahan besar juga rumah Uncle Sepat ni. Er, kereta yang baru warna coklat gelap tu pun boleh tahan besar juga Adra perati. Tapi, apa yang menariknya, kelihatan sebuah Myvitec warna biru air laut diletakkan sebelah menyebelah Daihatsu Mira yang warnanya bukan biru air laut.

Menyusuri ke dalam rumah Uncle Sepat, memang Adra dapat peratikan ruang tamunya bercirikan moden kontemporari. Dihiasi sofa empuk berwarna gelap sambil mengadap TV bersaiz panggung wayang, menampakkan penghuninya mempunyai citarasa mewah. Cheewah, sesekali guna ayat Majalah Deko ni seronok juga rasanya.


Selepas beramah mesra dengan Uncle Sepat, tak lama kemudian muncullah Auntie Rose, isteri kepada Uncle Sepat ni. Selepas acara induksi berlangsung, terus aja Auntie Rose meluru ke dapur untuk menghidangkan air buah epal. Macam tahu-tahu sahaja kegemaran Adra meminum air yang masam-masam ni. Selepas itu, kitaorang kembali bersembang. Daddy sama Uncle Sepat kalau dah berjumpa, sembangnya lebih ke arah besi yang bernama kereta tu. Mama sama Auntie Rose pula macam biasalah, sembang hal ehwal orang perempuan. Nak menyampuk bersembang, bimbang jatuh hukum derhaka pula. Jadi Adra bermain sendirian sahajalah waktu tu.

Tak lama kemudian, Auntie Rose sekali lagi meluru ke dapur untuk menghidangkan Spaghetti pula. Ok, kali ini Adra memang tak melepaskan peluang untuk merasa masakan Auntie Ros. Bila pertama kali masuk ke dalam anak tekak Adra ni, rasa dia macam sedap tapi sebenarnya memang sedap pun. Adra tengok, Daddy sampai bertambah-tambah makan. Yang membuatkan Spaghetti ni sedap, ianya tidak rasa terlalu masam. Kira memang kenalah dengan anak tekak Adra dan juga Daddy.

Setelah terasa macam agak lama bersembang, maka dah sampai masanya untuk Adra melangkah pulang. Tiba-tiba rasa macam sedih pulak. Iyelah, walaupun ini kali pertama Adra berjumpa dengan Uncle Sepat dan Auntie Rose, tapi Adra memang boleh masuklah nak bermain dengan diaorang ni. Insya Allah, kalau Daddy ajak lagi memang Adra akan ke Sunway Kayangan ini lagi. Kepada Uncle Sepat dan juga Auntie Rose, terima kasih banyak-banyak Adra ucapkan diatas layanan mesra. Insya Allah, Adra pun akan mendoakan agar Uncle Sepat dan Auntie Rose dikurniakan cahayamata pula lepas ni. Amin.

Advertisements

2 thoughts on “Mari Berjalan Ke Sunway Kayangan

  1. ahhh.. dedi adra sempat lak komem rumah bila masanya dia amik gambo ni. pondok uncle ni kecik aje cukuplaa nak berteduh kami berdua huhu next raya dtg wokey uncle bg angpow raya hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s