Mari Berjalan Ke JPO

Rata-rata rakyat Malaysia sudah pun mengetahui tentang kewujudan sebuah tempat membeli-belah yang digembar-gemburkan sebagai tempat yang menarik untuk membeli-belah barangan berjenama pada potongan harga yang istimewa. Adra dan Mama pun turut terpengaruh dengan dakyah pihak akhbar yang menyatakan tentang betapa istimewanya Johor Premium Outlet [JPO] ini. Tetapi, kunjungan kitaorang bukanlah semata-mata untuk ke JPO ini, tetapi kerana kitaorang sebenarnya berhajat nak ke Singapura. Alang-alang dah memang menggunakan Link Ke 2/Tuas, maka memang dekat sangatlah JPO ni.

Perjalanan ini turut disertai oleh Acu. Dengar kata, Acu memang dah lama mengidam beg tangan Braun Buffel untuk dijadikan hantaran. Mungkin lepas ni Acu bakal ke JPO lagi untuk membeli beg tangan tersebut..hihi. Dengar kata juga, Auntie Rose isteri Uncle Sepat pun berminat sama dengan jenama yang tak berapa nak murah ni. Mungkin duit ESOS yang ada tu bolehlah Uncle Sepat bawa Auntie Rose ke sini nanti.

Tempat JPO ni kira luas dan selesa jugalah. Sebabnya setiap laluan pejalan kali turut dilengkapi kipas, tidaklah terasa panas sangat walhal cuaca sememangnya panas waktu kitaorang sampai tengahari tu. Manakala, tempat makan dan ruang solat yang disediakan pun memang cukup selesa. Cuma bab harga tu macam biasalah, jenis yang premium juga.

Untuk membeli-belah, Adra nak ulas panjang lebar pun tak berapa nak reti. Tapi menurut kata Mama, perfume yang dijual dan juga seluar jeans jenama terkenal tu pun boleh tahan murah. Manakala, untuk anak-anak kecil seperti Adra ni, beberapa jenama premium pun turut dijual dengan harga yang agak menarik juga sebenarnya.

Sebagai kesimpulan, seandainya dah memang niat nak ke Johor tu, bolehlah singgah ke JPO ni. Cuma jangan lupa bawa duit lebih sahaja. Mana tahu, ada yang terberkenan di hati kelak.

Mama tengah sibuk membelek perfume

Tidur dulu sementara menunggu Mama dan Acu

 

Advertisements

One thought on “Mari Berjalan Ke JPO

  1. AisEeyyy adra .. Yg minat tu aunti rose uncle pakai barang cap ayam sudah hehe

    Woit apasal kosong JPO ni? Bagi lalu kat adra and family shopping ke? Keh keh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s