Kisah Ke USS Pula

Terpaksa Adra menyelit waktu bergambar depan Globe ni

Ok,sekarang ni baru Adra punya masa untuk kemaskini cerita tentang ke Universal Studio Singapore [USS] ini. Kitaorang ke Singapura menginap di rumah Atuk Jamil, [untuk makluman, Atuk Jamil ni sebenarnya adik Tokwan]. Selepas siap bersarapan, kitaorang mula bergerak sektiar jam 10 pagi dari Clementi Ave 5 menuju terus ke Pulau Sentosa. Jarak perjalanan yang sememangnya berdekatan sahaja, sehinggakan tak sempat nak habis Adra tonton cerita Upin & Ipin untuk 1 episod.

Memandangkan boleh tahan banyak juga barang yang perlu diangkut [stroller + beg], maka Daddy telah membuat keputusan untuk memarkir kereta di USS terus sahaja walaupun kosnya agak mahal [$26 untuk parkir seharian]. Sampai sahaja di ruangan parkir, memang jelas no. kereta berpendaftaran Malaysia antara yang mendominasi. Memang bijak betul pihak Genting memujuk rakyat seluruh pelusuk Malaysia terutamanya untuk menghabiskan duit di USS ni.

Sewaktu kitaorang sampai di ruangan pintu masuk, atau lebih tepat lagi di bahagian Globe yang berpusing tu, memang bersepah betul orang. Semua orang sibuk nak bergambar di hadapannya. Tak terkecuali kitaorang, itupun terpaksa menyelit di antara orang lain yang sibuk sama nak bergambar sama.

Er, tiba-tiba sahaja Adra macam tak berapa nak ada mood nak tulis panjang berjela macam selalu. Adra buat secara ringkasan sahajalah iye.

1) Kalau nak tiket murah, seeloknya beli dengan agensi pelancongan [Daddy beli tiket pada cuma RM155 sahaja tanpa mengira season; biasanya harga dia lebih kurang RM180]

2) Kalau nak harga parkir kereta lebih murah, boleh sahaja parkir di Vivo City [dari situ boleh naik Monorel terus ke Sentosa]

3) Perkhidmatan menyewa stroller untuk anak kecil, atuk/nenek kepada anak kecil pun turut disediakan serendah $10. [Mujur Daddy memang dah bersiap sedia mengusung stroller dalam kereta]

4) Stroller boleh diletakkan di bahagian yang dikhaskan sewaktu bermain permainan (Jangan risau, Insya Allah takde orang yang curi stroller tu)

5) Suhu dan cuaca di USS memang panas dan terik. Kalau nak bawa payung pun Adra rasa macam sesuai.

6) Sewaktu menonton Shrek 4D tu, Adra masih lagi menikmati tayangan tu, cuma Adra duduk terpisah dengan Daddy sebab kitaorang kena duduk di tempat duduk yang jenis takde vibrate. Tapi masih lagi boleh terasa percikan air di muka. Terkejut Adra tau.

7) Bab makan di USS, kena pandai cari yang Halal tapi kena ingat harganya memang serupa premium RON97. Kitaorang order 2 set Nasi Beryani sama Set nugget untuk budak-budak kena caj $44.60.

8) Barangkali boleh beli pelbagai jenis botol air yang menarik pelbagai rupa bentul [harganya berbelas-belas Sing Dollar termasuk air minuman] dan boleh di tambah isian air tersebut serendah $2.

9) Sila ambil perhatian bahawasanya persembahan sebabak cerita WaterWorld yang dilakon semula secara langsung itu bermula pada jam 12.00 pm, 2.00pm dan juga 4.00pm.

10) Waktu menunggu untuk sesuatu permainan tu kadang kala boleh cecah sehingga berjam-jam lamanya. Jadi kalau tak mahu bayar mahal sebab nak kena beli pass express tu, silalah pergi USS ni pada hari orang lain sibuk bekerja.

11) Memandangkan USS ni boleh tahan luas, maka seeloknya pakai sahaja kasut joging mahupun selipar. Kalau tidak, boleh melecet juga kulit kaki tu nanti. Mujur juga Adra duduk dalam stroller sahaja.

12) Jangan lupa juga beli awal-awal “poncho” [baju hujan] sebelum ke USS ni, manalah tahu terbasah ke nanti sewaktu di sana.

13) Sewaktu beratur nak menaiki permainan Transformers tu, silalah guna laluan “Single Ride” untuk mempercepatkan lagi peluang menaiki permainan tersebut dengan lebih cepat.

14) Sila bawa botol air mineral yang kecil tu kerana di sana turut disediakan “Water Cooler” untuk dibuat isian semula.

Rasanya itu sahajalah kot untuk Adra kongsikan apa yang patut. Selebihnya, mari kita layan gambar sewaktu di USS ni.

Menu jenis premium

Mujur ada kipas kecil ni..panas sangat

Adra nak main yang ni, tapi Daddy tak beri izin pula

Ok, patung besar-besar ni memang bukan kegemaran Adra..takut pula rasanya

Gayat tengok permainan ni

Macam biasalah, kalau penat, memang Adra lena tak kira tempat

Menjelang petang

Baru selesai hujan

Advertisements

3 thoughts on “Kisah Ke USS Pula

  1. ok adra.. uncle nak pergi lagi ni hujung bulan 5.. siaplaa.. auntie ros mesti ajak naik battlestar galacatica tu tapi uncle ckp.. uncle nak layan madagascar aje.. kuss semangat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s