Moyang Telah Pergi Mengadap Ilahi 10.7.12 2222

Gambar Kenangan Adra Bersama Moyang


Seluruh keluarga Adra masih lagi berduka.. Moyang Adra telah pun dipanggil pulang untuk mengadap Ilahi tepat jam 10.22 malam tanggal 10/07/2012.

Kisahnya
Tepat jam 5.00 pagi kitaorang [Adra, Daddy, Mama, Tok, Tokwan & Acu] telah bertolak dari rumah menuju ke Singapura dengan menaiki 2 buah kereta. Walau bagaimanapun, Mama terpaksa singgah di Imigresen Melaka kerana harus memperbaharui passport terlebih dahulu, membiarkan Tokwan, Tok dan juga Acu bergerak terus menuju terus ke Singapura.

Sampai di Melaka agak awal juga sebenarnya sebelum jam 8 pagi. Namum entah di mana silapnya, proses memperbaharui passport Mama masih lagi mengikut tahap ISO Jabatan Imigresen[1 jam diperlukan] sedangkan telah dimaklumkan bahawa mahu segera siap kerana ada urusan kecemasan dan ditambah memang tak ramai orang ke Jabatan Imigresen pada pagi tersebut. Sepatutnya waktu begini ISO tersebut boleh diketepikan begitu sahaja. Mujur juga Daddy masih kelihatan tenang pada ketika itu. Biasanya Daddy memang boleh tahan baran juga bab-bab macam ni.

Lebih kurang jam 9.30 baru kitaorang meninggalkan pejabat Imigresen tersebut. Sebaik sahaja selesai dah melepasi pondok tol Ayer Keroh, serta merta Daddy menekan pedal minyak mencecah lantai. Hasilnya kurang daripada sejam dah boleh nak sampai Machap dah. Namun kelajuan tersebut digagalkan oleh kereta dari arus bertentangan apabila kerap memberikan lampu tinggi, isyarat bahawa ada Polis di hadapan. Daddy pun apa lagi serta merta mematuhi had kelajuan kebangsaan.

Kitaorang mula memasuki Singapura lebih kurang jam 12.00 tengahari. Mujur juga pemeriksaan Imigresen sama Kastam pun tidak mengambil masa yang lama. Namun sekitar jam 12.15, kitaorang telah mendapat panggilan daripada Tokwan memberitahu yang jenazah Moyang telah mula untuk dibawa ke tanah perkuburan. Serta-merta Adra perati Daddy dah mula berubah. Terus mendiamkan diri tidak berkata sepatah pun. Adra dah mula rasa tak sedap hati. Secara tiba-tiba airmata Daddy mula membasahi pipi. Pada waktu itu, Mama pun turut kelihatan bersedih sama. Adra boleh mengerti mengapa Daddy kelihatan begitu bersedih kerana tidak sempat melihat Moyang buat kali yang terakhir. Mujur juga bulan April itu hari kitaorang semua sempat juga melawat Moyang. Perasaan ralat tu tidaklah begitu ketara sangat.

Sebenarnya hubungan Daddy dengan Moyang boleh dikatakan agak rapat jugalah walaupun Moyang jauh berada di Singapura tu kerana setiap kali Moyang berkunjung ke Kuala Lumpur, pasti Daddy lah orangnya yang akan menjemput atau menghantarnya pulang dengan menaiki bas di Puduraya. Dan Daddy jugalah yang kerap melayan Moyang dengan membawa ke mana sahaja yang Moyang teringin nak pergi makan di sekitar Kuala Lumpur ini. Dan bukan itu sahaja, Moyang juga sebenarnya menggemari siri gusti. Setiap kali ke sini, Daddy lah antara yang menemani Moyang serta Tokwan untuk menonton sama DVD gusti.

Yang pasti, itu semua akan menjadi kenangan. Moga roh arwah Moyang, Haji Ab Rahman Bin Abdullah tenang di sana. Alfatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s