217-12

Pertamanya Adra nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Mana yang dah mencapai tahap untuk sepatutnya berpuasa, silalah berpuasa iye. Adra ni masih kanak-kanak lagi. Tapi perasaan teruja tu tetap ada. Kalau Adra terbangun, bolehlah bersahur sekali dengan Daddy dan Mama. Cuma pagi tadi memang Adra tak terbangun pun sahur. Penat bermain siangnya. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Adra melalui bulan Ramadhan. Kali pertama waktu Adra masih dalam pantang lagi.

Sebelum pengakhiri entri untuk kali ini, suka untuk Adra berkongsi dengan semua bahawasanya hari ini merupakan ulang tahun Adra yang ke 2!! Alhamdulillah, Adra dah pun berusia 2 tahun hari ini. Tapi kata Daddy, tiada acara makan kek seperti tahun sudah. Barangkali, kena tunggu petang nanti baru boleh cari kek di bazaar Ramadhan. Entah ada jual ke tidak agaknya. Tak mengapalah, yang penting Adra nak ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga Adra yang bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan Adra ketika ini. Sesungguhnya, Adra sayang semuanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s