Beraya Di Rumah Aisyah & Adam

Hujung minggu yang lalu, Adra telah berpeluang sekali lagi untuk berkunjung ke rumah Aisyah. Mak kepada Aisyah ni iaitu Auntie Siti merupakan rakan sepejabat Daddy yang juga merupakan seorang Executor yang berjaya kata Daddy. Sebelum-sebelum ini pun Adra memang pernah juga datang, cuma agak lama juga tak bersua muka dan bertanya khabar tentang keadaan diri masing-masing.

Sewaktu mula-mula sampai tu, Aisyah ni agak kekok juga nak bersembang dengan Adra. Maklumlah, lama tak bertemu barangkali. Namum tak lama kitaorang mengambil masa untuk beramah mesra. Apabila barang permainan milik Aisyah menyatukan kitaorang untuk bermesra dan bergurau senda. Sepatutnya, masa kitaorang sampai, seorang lagi kawan Adra, Qistina pun sampai sama tapi menurut kata Daddy, Qistina telah mengalami sedikit kemalangan kecil sehingga berdarah keningnya yang melambatkan proses kedatangan Auntie Mekti dan juga Qistina ke rumah Aisyah.

Memandangkan kitaorang dah sampai awal, makanya kitaorang dengan segera menjamu selera Nasi Kabsa berserta lauk Ayam Masak Merah hasil air tangan Auntie Siti. Adra memang cukup gemar makan nasi-nasi serupa ini. Bersuap-suap jugalah Adra dengan Mama. Manakala, Daddy tak kurang pasti berapa pinggan ditambahnya..hihi.

Selepas selesai makan, tak berapa lama selepas tu, kitaorang pun memohon untuk mengundurkan diri. Hm, cerita panjang pun tak guna, jom ajalah kita layan gambar iye.

Aisyah memerhatikan sahaja Adra bermain permainannya

Adam posing manja disamping kakaknya

Masing-masing dah mula buat hal sendiri

Aisyah mempamerkan salah satu kemahirannya yang tertinggi – memanjat sofa

Acara gambar beramai-ramai

Mama bersama Adam

Bergambar sebelum Adra mengundurkan diri untuk pulang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s