Mari Ke Aquaria

DSC00273

Lupa pula nak tanya Daddy apa nama ikan ni

Lupa pula nak tanya Daddy apa nama ikan ni


Sempena cuti sekolah ni, minggu sudah Daddy telah mengajak Adra untuk pergi melihat-lihat ikan bertempat di Aquaria. Kalau nak diikutkan, Adra memang tak berapa nak into sangat dengan tempat-tempat kapitalis serupa ini. Iyelah, bila mana Daddy beritahu, sejumlah RM35 diperlukan untuk satu tiket dewasa. Memang tak murah. Mujur juga kanak-kanak bawah usia 3 tahun tidak diperlukan sebarang pertukaran wang. Maka, sejumlah RM70 yang harus dibayar Daddy untuk bayaran masuk bersama dengan Adra dan juga Mama. Hm..lepas jugalah setin susu Isomil Adra tu..hihi.
Banyaknya ikan..

Banyaknya ikan..


Tapi tak mengapalah, yang penting Adra pun turut berasa gembira juga sebenarnya dapat melihatkan pelbagai spesis ikan. Selama ini, Adra hanya berpeluang melihat ikan goreng sahaja. Sebaik sahaja melepasi kaunter tiket masuk, pandangan Adra terarah ke arah ikan yang kelihatan seperti ikan bawal hitam. Oh, sekali salah pula. Rupanya, itu adalah ikan piranha. Teruja betul Adra melihatkan gigi-gigi ikan piranha secara dekat. Selain itu, pada tingkat pertama ini juga turut dipamerkan lain-lain hidupan air yang ada seperti Tapak Sulaiman (Patrick Star), Gamat, dan tak lupa juga Belut. Turut dipamerkan adalah Ular Sawa Albino yang berwarna kuning tu. Teruja jugalah Adra melihatkan ular depan mata, biasanya tengok ular depan mata dalam saluran Channel Geographic sahaja.

Turun sahaja ke tingkat kedua, barulah Adra dapat melihat ikan-ikan dengan lebih banyak. Antara yang paling menarik adalah Ikan Arowana spesis Afrika barangkali. Dia punya besar, dua tiga kali Adra baru dapat saiz ikan tersebut. Memang besar sungguh. Dan yang paling menarik, apabila Adra melalui terowong di dalam akuarium yang menempatkan pelbagai spesis ikan termasuklah jerung. Er, Ikan Selar Kuning yang tok selalu masak ke Adra pun ada juga.

Rasanya, itulah penutup cerita jalan-jalan untuk tahun 2012 ini. Entah apalah program yang Daddy dan Mama rancangkan untuk tahun 2013 ni nanti. Tak sabar nak tunggu tahun 2013 ni. Selamat tahun baru. K Bai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s