Kisah Bermalam Di Hospital

Rasanya, bagi pengikut FB Daddy dan Mama, ramai yang sudah sedia maklum tentang keadaan kesihatan Adra sehingga dimasukkan ke hospital di Kampung Baru minggu lepas Alkisahnya bermula begini..

Pada malam Isnin minggu sudah tu, Adra dah minta Daddy belikan jagung dalam cawan di Pasar Malam. Entah macam mana, Adra pun boleh terlupa, jagung tersebut turut dicampurkan dengan susu cair, yang mana Adra sememangnya alah dengan bahan tenusu ni. Tak sampai 10 mini selepas Adra makan jagung tersebut, terus Adra berasa tak sedap perut. Dan diikuti dengan muntah-muntah melebihi 5 kali. Dan tengah malam tu jugalah Adra dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Menurut kata doktor, perut Adra kembung dengan berangin sikit. Balik dari klinik pun Adra masih lagi muntah-muntah,tapi tidaklah seteruk awalnya.

Pada siang esoknya, Adra rasa macam dah sihat sikit. Cuma perut ni je terasa macam tak berapa selesa. Adalah juga muntah sekali dua. Bila Mama tanya keadaan Adra bagaimana, Adra cuma jawab yang Adra sihat dan tak mahu ke klinik lagi..hihi. Tapi, barangkali sememangnya Adra belum sembuh sepenuhnya. Petang Selasa tu Adra masih lagi muntah. Dan Adra terus dihantar ke sebuah hospital di Kampung Baru bagi mendapatkan rawatan susulan. Sebenarnya, berdebar juga bila terbayang suasana hospital ni. Dalam hati, puas jugalah Adra berdoa, semoga Adra tak perlu ditahan. Tapi bila tengok Mama dah angkut dengan siap beg bagai, 99% Adra yakin yang Adra terpaksa juga bermalam di hospital.

Setelah dibuat pemeriksaan, telahan Adra benar. Urusan kemasukan Adra ke wad terus dilakukan tanpa membuang masa. Mujur juga Daddy berjaya yakinkan Adra, bahawasanya, di hospital ini tiada sebarang unsur Suster Ngesot dan sebagainya. Hospital lain kata Daddy tak tahulah. Maka, bermulalah episod Adra bermalam di hospital. Mujur juga Mama sudi nak teman dan jaga Adra sepanjang berada disini.

Menurut kata doktor, Adra telah terkena urine infection akibat daripada masalah sembelit Adra sebelum ini sehingga menyebabkan muntah-muntah Adra ini berterusan. Barangkali, jagung yang Adra makan itu hari hanyalah penyebab sahaja. Adra redha dan pasrah. Sepanjang di hospital, sebanyak 5 botol air telah dimasukan ke dalam badan Adra. Kalau nak diikutkan tahap kebosanan Adra ni, memang tak tergambar sebenarnya. Mujurlah Daddy dah bekalkan dengan komputer riba, boleh juga Adra melayan siri Upin & Ipin berulang kali sehinggakan Mama pun dah hafal sama setiap tutur dialog dalam cerita tersebut.

Akhirnya, setelah puas duduk di wad selama beberapa hari, pada hari Ahad berikutnya Adra dibenarkan pulang. Dia punya gembira jangan cakaplah. Rindu betul pada rumah. Kepada yang telah melawat & mendoakan kesihatan Adra, jutaan terima Adra sekeluarga ucapkan. Rasa terharu juga sebenarnya. Harap-harap, minggu ini Adra dah sihat sepenuhnya memandangkan Adra bakal pergi bercuti. Eceh. Sementara tu, jom kita layan gambar-gambar sepanjang Adra berada di hospital.

Adra tengah bercerita dengan Daddy sakit woo kena cucuk kat tangan ni

Adra tengah bercerita dengan Daddy sakit woo kena cucuk kat tangan ni

Jom layan Upin & Ipin

Jom layan Upin & Ipin

Waktu ni Adra memang tengah lembik..asyik muntah tak henti-henti

Waktu ni Adra memang tengah lembik..asyik muntah tak henti-henti

Yeay..!! Daddy belikan Adra gula-gula

Yeay..!! Daddy belikan Adra gula-gula

Handal juga Adra main block ni guna sebelah tangan aja

Handal juga Adra main block ni guna sebelah tangan aja

Advertisements

One thought on “Kisah Bermalam Di Hospital

  1. kalau Adra selalu sakit camni mesti Daddy layan 1st class.. cuba lepas ni mintak pocket bike pasti daddy tak menghampakan LOL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s