Bandung Hari Pertama

Minggu sudah, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, Adra telah berpeluang menaiki kapal terbang bertambang tidaklah murah mana untuk ke bercuti ke Bandung. Percutian ini turut disertai oleh Wa, Nenek, dan juga Nenek Nia yang merupakan Nenek angkat kepada Adra..hihi.

Adra masih mengantuk lagi waktu ni

Adra masih mengantuk lagi waktu ni

Penerbangan dijadualkan 640 pagi Jumaat, maka seharusnya kitaorang sampai di LCCT lebih awal tetapi kitaorang sampai ngam-ngam lagi sejam nak berlepas. Maka, kena berlarianlah kitaorang di dinihari tersebut kerana ramai yang sudah sedia maklum akan kebesaran LCCT ini. Mujur juga Adra duduk dalam Buggy ni, takdelah penat sangat nak berlari. Setelah Daddy membuat muka kesian di kaunter luggage, maka bermulalah episod berlarian seperti mana yang Adra beritahu tadi kerana jam telah pun menunjukkan pukul 610 pagi. Sudahlah kapal terbang diparkir dihujung landasan. Bukan main jauh lagi nak kena berlari. Alahai..Adra yang duduk dalam Buggy ni pun terasa penat sama.

Sebaik sahaja dapat masuk ke dalam perut kapal terbang, bukan main lega rasanya. Adra perati muka semua orang bukan main penat lagi. Daddy punya peluh jangan cakaplah. Disebabkan Adra pun turut sama merasakan tempias penatnya, maka debaran untuk kali pertama untuk terbang ni pun macam tak berapa nak ada sangat. Tapi, takut tetap takutlah kan..hihi. Adra minta untuk duduk dipangku Daddy, membiarkan Mama duduk disebelah tingkap walau ditawarkan untuk duduk di situ namun Adra menolaknya dengan baik. Takut tau. Sewaktu Kapten mengumumkan yang Kapal Terbang dah bersedia untuk berlepas, tiba-tiba Adra rasa terusa pula bila mana tiba-tiba ianya bergerak dengan kelajuan yang amat sangat daripada titik pegun. Entah berapalah RPM dia naik waktu nak launch tu. Laju betul. Tapi bila mana dah mula terbang sedikit demi sedikit, perasaan gayat tu serta-merta datang walaupun Adra tak pernah jemput suruh datang. Puas jugalah Daddy nak kena memujuk Adra supaya bertenang.

Macam biasalah, khusyuk menonton Upin & Ipin..hihi

Macam biasalah, khusyuk menonton Upin & Ipin..hihi

Selepas Daddy memasang cerita Upin & Ipin, barulah Adra berasa tenang sedikit sambil Daddy menyuap Adra Nasi Bukhara yang telah ditempah secara atas talian. Boleh tahan sedap juga pekena nasi awal-awal pagi macam ni. Disebabkan Adra pun dah bangun awal, maka perasaan mengantuk tu memang tak boleh dikawal lagi. Tak berapa lama kemudian, Adra dah lena diulit awan..eceh. Tahu-tahu saja, Adra dah pun selamat mendarat di Bandara jam 8.00 pagi waktu Bandung ataupun jam 9.00 pagi waktu Selayang. Mujur proses pemeriksaan Imigresen dan Kastam tak mengambil masa yang lama walaupun orang boleh tahan ramai yang beratur.

Waktu tiba di Bandara

Waktu tiba di Bandara

Seronok betul rasa dah sampai Bandung ni

Seronok betul rasa dah sampai Bandung ni

Sebaik sahaja melangkah keluar, kitaorang dah nampak ada orang yang memegang tanda nama Daddy. Terus aja kitaorang mengikuti Supir tersebut menuju ke arah parkir kereta. Destinasi pertama adalah tempat penginapan kitaorang yang telah pun ditempah sebelum ke Bandung untuk menyimpan segala beg terlebih dahulu.

Bersambung..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s