Bandung Hari Kedua

ZZZzzzzz...mengantuknya

ZZZzzzzz…mengantuknya

Pada hari Sabtu ni, merupakan hari kedua kitaorang di Bandung. Memang terasa malas betul nak bangun tidur. Puas jugalah Mama dan Daddy bergotong-royong kejutkan Adra bangun mandi. Tapi ternyata, kesedapan tidur ni memang tak boleh nak lawan. Tapi sesungguhnya Adra terpaksa akur juga untuk bangun awal setelah Daddy menggunakan teknik ugutan untuk meninggalkan Adra ke Gunung Tangkuban Perahu. Setelah bertarung dengan kesejukan untuk mandi pagi, masanya untuk Adra bersarapan pagi. Sarapan yang disediakan oleh De Java ni bolehlah dikatakan sebagai agak sederhana juga. Nasi putih berlaukan ayam masak kicap, cucur jagung, dan tak lupa juga roti bersapukan Planta dan juga Morin.

Morin - Jodohnya Roti

Morin – Jodohnya Roti

Perjalanan mendaki ke puncak gunung

Perjalanan mendaki ke puncak gunung

Tepat jam 8.00 pagi waktu Bandung, Uncle Fajar memang sudah pun terpacak untuk membawa kitaorang ke Gunung Tangkuban Perahu. Perjalanan untuk ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam sambil dihiasi dengan pemandangan yang indah di kaki gunung. Suhunya pula makin sejuk. Walaupun keadaan jalanrayanya sedikit bengkang bengkok, tapi itu bukanlah alasan untuk Adra tidak tidur dalam perjalanan. Sememangnya perasaan mengantuk itu masih lagi menghantui diri Adra. Memang sedap betul lena di atas pangkuan Mama.

Inilah dia Gunung Tangkuban Perahu

Inilah dia Gunung Tangkuban Perahu

Celik sahaja mata, Adra dah pun sampai di puncak gunung. Suhunya bolehlah dikatakan agak sejuk juga. Tapi tidaklah sampai Adra nak kena pakai baju sejuk bagai. Sebabnya sejuk dan Adra ini memang dah cukup sebati. Sejuk macam mana pun Adra masih ok lagi. Kat atas ni Adra peratikan orang yang menjual pelbagai cenderahati memang cukup ramai. Nak buat macam mana kan, dah itu cara mereka mencari rezeki. Cumanya, kalau teringin nak beli, kena pandai-pandailah tawar-menawar. Sewaktu Adra mula turun dari kenderaan, bau belerang agak kuat. Kalau sesiapa yang tak biasa, memang boleh pening dibuatnya. Perasaan kitaorang berasa kagum kerana berpeluang melihat depan mata gunung berapi. Tak tergambar betapa kagumnya ciptaan Allah S.W.T.

Posing bersama Daddy dan Mama

Posing bersama Daddy dan Mama

Bila dah sampai kat sini, aktiviti yang wajib dah tentulah bergambar sakan. Kejap kat sana, kejap kat sini. Tapi Adra perati nak bergambar depan papan tanda yang ada Tangkuban Perahu punyalah ramai orang tengah tunggu giliran. Alahai, Adra ni memang tak berapa nak kuasa sangat bila nak kena tunggu macam ni. Jadi kitaorang pun terus menuju ke arah gerai-gerai jualan cenderahati yang terdapat di sana. Hasil kerja tangan masyarakat Bandung ni bolehlah dikatakan sebagai kreatif. Daddy telah berjaya menawarkan harga yang agak menarik juga, Rp 80.000 untuk mendapatkan jam dinding untuk dibuat kenangan ke sini.

Setelah lebih kurang sejam menghabiskan masa di sini, kitaorang langsung aja menuju ke Rumah Mode bagi meneruskan kembali aktiviti membeli-belah. Sampai aja di Rumah Mode, kelihatan pengunjung punyalah ramai. Pengunjung berbangsa Cina Adra rasa paling ramai. Barangkali mereka sibuk untuk membeli-belah bagi menyambut Tahun Baru Cina. Kitaorang tak lama kat sini, membiarkan Mama berseorangan membeli apa yang dihajati. Daddy hanya menggelengkan kepada bila Adra tanya kenapa tak teruja nak membeli-belah. Barangkali Daddy juga seperti Adra yang tak gemarkan situasi yang ramai orang seperti itu.

Inilah dia Restoran Sangkuriang

Inilah dia Restoran Sangkuriang

Memandangkan jam dah pun menunjukan jam 12.30 waktu Bandung, maka aktiviti seterusnya yang perlu dibuat adalah sesi pemakanan. Mama telah mengarahkan Uncle Fajar untuk ke Restoran Sangkuriang. Melangkah masuk ke dalam restorang ini, terdetik juga dihati jangan-jangan mahal tempat makan ni berdasarkan deko restoran ini kelihatannya tersangatlah premium. Tapi perasaan tersebut hilang setelah melihatkan menu dan juga harganya. Harga untuk sepinggan Nasi Goreng cuma berharga Rp 20.000 sahaja. Kira murahlah tu kan. Jadinya, menu kitaorang tengahari tu pelbagai variasi Nasi Goreng manakala Daddy pula memesan Mee Goreng. Sementara menantikan hidangan sampai, Adra pun apa lagi berposinglah bergambar. Sudahlah tempatnya cantik, sejuk tempatnya. Kalau layan mata untuk tidur ni memang sesuai sangat..hihi.

Jom kita main dulu

Jom kita main dulu

Selesai sahaja urusan pemakanan, maka bersambung kembalilah urusan membeli-belah ke Factory Outlet (FO) yang teramatlah bersepah kat Bandung ni. Adra nak bercerita sakan pun macam takde perasaan sangat. Tapi yang paling seronoknya bila ke FO AnakKecil untuk membeli barangan Adra. Hah..yang ni baru betul-betul Adra teruja. Melihatkan seleksi baju-bajuan yang tersangatlah menarik dan cantik. Tapi bila dah lama-lama kat dalam FO terasa macam penat juga nak pilih itu ini. Sudahnya Adra membiarkan Mama dan Daddy membuat pilihan sementara Adra menghiburkan hati dengan dengan bermain di mini playground yang turut ditempat di AnakKecil ini.

KFC!!

KFC!!

Menjelang petang setelah penat menjelajah beberapa FO antaranya Terminal Tas dan JetSet, dia punya penat jangan cakaplah. Penat yang teramat penat. Jadinya, kitaorang telah membuat keputusan untuk menapau sahaja makan buat mengalas perut di waktu malam. Pilihannya, dah tentulah KFC. Daddy lah yang paling beria bila nampak Yang menariknya, hidangan ayam nya turut disertakan dengan nasi. Memang begitu adatnya KFC di Indonesia ini. Waktu malam sewaktu menjamah ayam KFC ni, rasanya sedikit lain berbanding KFC di Malaysia. Rasanya lebih sedap di sini. Kalau tak percaya, nanti kalau sesiapa berkunjung ke Indonesia silalah rasa KFC ni iye. Malam tu kitaorang tidur awal sebab dah kepenatan. Jom kita layan antara gambar-gambar menarik di hari kedua ini.

Melihatkan keindahan Tangkuban Perahu

Melihatkan keindahan Tangkuban Perahu

Kuat juga pagar ni waktu Adra cuba panjat

Kuat juga pagar ni waktu Adra cuba panjat

Cantikkan jam dinding ni..

Cantikkan jam dinding ni..

Mujur sempat juga Adra menyelit untuk bergambar dengan Daddy..hihi

Mujur sempat juga Adra menyelit untuk bergambar dengan Daddy..hihi

EEee...malulah..apa ni Daddy..!!

EEee…malulah..apa ni Daddy..!!

Suasana Restoran Sangkuriang

Suasana Restoran Sangkuriang

Sumpah Nasi Goreng ni memang sedap sangat

Sumpah Nasi Goreng ni memang sedap sangat

Macet seperti biasa

Macet seperti biasa

Advertisements

One thought on “Bandung Hari Kedua

  1. Salam bang azmin tumpang promoted untuk pembaca blog ini klo nak guna transport d bandung bj fajar sediakan perkhidmatan transport d bandung dan jakarta.bj sediakan kereta dari yang 2 seat sampai bas 60 seat
    Ini lah destinasi yang dapat singgah
    Bandung utara
    -tangkuban parahu
    -ssari ater hotspring
    -ladang tea
    -strawberry farm
    -floating market
    Bandung selatan
    -kawah putih
    -situ patenggang
    -ladang tea
    -cibaduyut (tempat barang leather)
    Rumah kain
    Pusing tengah bandar anda bisa melawat dan shoping”
    -trans studio
    -pasar baru
    -kartika sari (kedai kek)
    -toko 3
    -jalan dago kawasan factory outlet ( grande f.o,nike f.o,jetset f.o,donatello f.o, glow ,f.o dll
    – jalan riau kawasan factory outlet juga (herritage f.o,the summit f.o,terminal tas , the secret f.o,passion f.o, the stamp dll intenairy diatas option saja,karna tentative perjalanan customer yang tentukan jom gi bandung…
    No call or whats app:+6281320307849
    Email :Bj.fajar@gmail.com
    Semoga bermanfaat bagi anda semua terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s