Bandung Hari Terakhir

Beg pun nak bergambar juga..iye tak?

Beg pun nak bergambar juga..iye tak?

Hari Isnin – 4/2/2013 merupakan hari terakhir di Kota Bandung. Kitaorang bangun awal jugalah, bersiap nak bersarapan. Beg pun dah siap dikemas. Rasa gembira pun ada sebab nak pulang dah tapi rasa macam tak berapa seronok pun ada bila nak tinggalkan Bandung ni. Rasa macam jatuh hati pula dengan Kota Bandung ni. Selepas bersiap apa yang patut, kitaorang pun segera menuju ke meja hidangan. Hari terakhir ini kitaorang telah dihidangkan nasi goreng yang sangat sedap dan banyak. Bertambah-tambah jugalah Adra makan pagi tu.

Amacam..penuh kan??

Amacam..penuh kan??

Seperti biasa, tepat jam 8.00 waktu Bandung, Uncle Fajar dah pun sampai. Sekali dia tengok bagasi kitaorang, dia pun pening. Bukan main banyak lagi. Nak buat macammana kan..hihi. Mujur juga APV yang disewa ini sememangnya agak besar juga untuk memuatkan segala bagasi kepunyaan kitaorang. Sepantas kilat disusunnya kerana pagi ini sebelum menuju ke Bandara, kitaorang punya satu lagi misi, iaitu ke Kartika Sari untuk membeli kek.

Kartika Sari

Kartika Sari

Memandangkan semua warga Bandung telah pun sampai ke kantor masing-masing sebelum jam 8.oo, maka perjalanan menuju ke kilang Kartika Sari ini berjalan lancar sahaja. Menurut kata Uncle Fajar, kalau beli di kilangnya sendiri akan ada sedikit perbezaan harganya. Sebaik sahaja sampai, maka aktiviti pembelian kek dilakukan dengan amat pantas sekali. Tapi sebenarnya, yang paling menarik selain daripada kek brownies yang terdapat di sini, kata Daddy kalau berkunjung ke sini ada eloknya beli sekali Pisang Bollen. Pisang yang telah di hibrid kan bersama dengan pastri, keju dan juga coklat. Dia punya sedap, biar sahajalah mulut yang berbicara nanti..eceh.

Dah sampai lapangan terbang

Dah sampai lapangan terbang

Kitaorang tidak mengambil masa yang lama di sini. Selesai sahaja urusan menghabiskan rupiah yang ada, maka segeralah kitaorang menuju ke destinasi terakhir di Bandara. Tak sampai 10 minit perjalanan, kitaorang dah pun memasuki ke Bandara Husein Sastranegara yang juga merupakan sebuah pangkalan angkatan udara untuk TNI (Tentera Nasional Indonesia). Setelah kesemua bagasi dikeluarkan, maka sampailah sudah detiknya untuk kitaorang berpisah dengan Uncle Fajar. Boleh tahan letih juga nak mengangkut satu-satu bagasi yang ada ni nak masuk ke dalam. Mujur juga Adra tidak membawa apa-apa beg yang memerlukan untuk di daftar masuk ke dalam penerbangan. Sewaktu upacara timbang-menimbang bagasi dilakukan, Adra dah boleh meramal bahawasanya akan ada lebihan berat bagasi nanti. Dan telahan Adra itu benar apabila jumlah berat terlebih 2 kilogram. Maka, dengan segeralah Mama menyelesaikan urusan di kaunter bagi membolehkan kitaorang berehat sebentar sebelum melepasi Imigresen cawangan Indonesia pula.

Seperti biasa, Adra harus duduk di Buggy ini demi mengelakkan Adra membuat larian pecut kelak

Seperti biasa, Adra harus duduk di Buggy ini demi mengelakkan Adra membuat larian pecut kelak

Sewaktu dipanggil masuk ke kaunter pelepasan, jam telah pun menunjukkan jam 10.30 pagi, maka dengan sepantas kilat kitaorang melepasi kaunter Imigresen dan menuju ke tempat berlepas. Ingatkan bila dah panggil masuk awal, tiadalah berlaku kelewatan ketibaan pesawat. Rupanya, kitaorang terpaksa menunggu hampir sejam juga daripada waktu berlepas yang dijadualkan 11.35 pagi. Itupun Adra perati bila nampak je kelibat pesawat AirAsia, kelam kabut manusia beratur. Adra tengok Daddy sejuk (cool) aja. Kata Daddy, nak buat apalah kelam kabut beratur, karang naik serupa itu juga tempat duduknya.

Silau juga kat luar tingkap ni sebenarnya

Silau juga kat luar tingkap ni sebenarnya

Duduk sahaja di tepi tingkap bersama Daddy, Adra dah tak sabar menantikan detik untuk berlepas. Nak rasa dia punya laju entah berapa boleh pergi Airbus 320 punya RPM. Bila dah mula di awangan, maka aktiviti yang Adra wajib lakukan iaitu melayan siri Upin & Ipin lah, apa lagi. Setelah 2 jam penerbangan, kitaorang pun selamat kembali semula ke Malaysia. Rasa seronok sangat percutian kali ini. Ok, sebagai penutup dan melayan gambar lagi, ingin Adra ada sedikit ucapan penghargaan yang patut diberikan sepanjang percutian ke Bandung ini.

Pak Iwan (Setiawan Transport)
Terima kasih kerana telah memudahkan urusan kitaorang kerana telah menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan yang cukup memuaskan dengan kadar yang amat-amat berpatutan. Sudahlah sewaktu urusan penempahan dilakukan yang dilakukan oleh Daddy, tiada sebarang deposit yang diperlukan. Hanya berdasarkan kepercayaan & persefahaman yang tinggi sahaja diperlukan sewaktu urusan penempahan. Terima kasih sekali diucapkan.

Uncle Fajar
Jutaan terima kasih juga diucapkan kerana sudi melayan karenah kitaorang sepanjang 4 hari berkunjung ke Kota Bandung ini. Tukang bawa ke tempat-tempat menarik dan tak lupa juga tukang mengusung beg plastik..hihi.

De Java Guest House
Tempat penginapan yang ini sememangnya amat digemari oleh rakyat Malaysia. Walau pun jatuh kategori bajet, tetapi yang penting selesa sebab kitaorang terasa seperti berada di rumah. Dan yang paling seronok tinggal di sini, adalah kerana wifi nya yang laju boleh layan YouTube sebelum tidur dan juga Teh Botol yang berulang kali diminum oleh Daddy tanpa had. Terima kasih di atas layanan yang mesra dan tak lupa juga Nasi Goreng yang sedap tu.

Pemandu Pesawat & Krew Penerbangan
Terima kasih kerana memandu pesawat Airbus dengan tenang dan selamat tanpa melanggar awan terlalu kerap. Gayat sebenarnya. Kepada krew yang lain, terima kasih juga kerana melayan permintaan Adra untuk mendapatkan air panas bagi tujuan pembuatan susu Adra.

Jom kita layan gambar untuk entri terakhir kisah ke Bandung ini.

Kreatif juga cara minta derma serupa ini

Kreatif juga cara minta derma serupa ini

Pening juga nak pilih kek yang mana satu ni

Pening juga nak pilih kek yang mana satu ni

Kilang Kartika Sari

Kilang Kartika Sari

Pintu masuk ke Bandara

Pintu masuk ke Bandara

Selamat tinggal Bandung

Selamat tinggal Bandung

Layan Upin & Ipin sambil pekena Sandwich mahal RM12

Layan Upin & Ipin sambil pekena Sandwich mahal RM12

Advertisements

One thought on “Bandung Hari Terakhir

  1. Salam bang azmin tumpang promoted untuk pembaca blog ini klo nak guna transport d bandung bj fajar sediakan perkhidmatan transport d bandung dan jakarta.bj sediakan kereta dari yang 2 seat sampai bas 60 seat
    Ini lah destinasi yang dapat singgah
    Bandung utara
    -tangkuban parahu
    -ssari ater hotspring
    -ladang tea
    -strawberry farm
    -floating market
    Bandung selatan
    -kawah putih
    -situ patenggang
    -ladang tea
    -cibaduyut (tempat barang leather)
    Rumah kain
    Pusing tengah bandar anda bisa melawat dan shoping”
    -trans studio
    -pasar baru
    -kartika sari (kedai kek)
    -toko 3
    -jalan dago kawasan factory outlet ( grande f.o,nike f.o,jetset f.o,donatello f.o, glow ,f.o dll
    – jalan riau kawasan factory outlet juga (herritage f.o,the summit f.o,terminal tas , the secret f.o,passion f.o, the stamp dll intenairy diatas option saja,karna tentative perjalanan customer yang tentukan jom gi bandung…
    No call or whats app:+6281320307849
    Email :Bj.fajar@gmail.com
    Semoga bermanfaat bagi anda semua terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s