Kisah Berkelah Di Ulu Yam

Adra21
Amacam, tajuk entri kali ini ada serupa episod cerita Upin & Ipin tak?? Hihi.. Ahad lepas, Adra telah berpeluang untuk berkunjung ke tempat perkelahan yang paling terkemuka di kawasan Batu Caves ini, Ulu Yam. Walaupun jarak antara rumah Adra dan Ulu Yam ini hanyalah sedetik cuma, namun nak kata pergi ke sana tu memang jauh sekalilah. Tapi memandangkan sekarang ni memang musim panas, maka Daddy telah mengajak Adra dan juga Mama untuk ke sini. Turut serta dalam kunjungan yang penuh bermakna ini adalah kawan baik Mama, Auntie Ija dan keluarganya.

Seperti yang telah dijanjikan, maka, tepat jam 830 pagi kitaorang dah bergerak menuju ke Ulu Yam. Walaupun dekat, tapi kitaorang sengaja awal ke sana. Kata orang, boleh pilih tempat yang menarik kalau sampai awal ni. Tidaklah berjalan sampai ke hujung hutan, pun masih tercari-cari tempat mana nak letak segala barang. Maklumlah, Ulu Yam ni boleh tahan dia punya ramai orang.

Lagi aksi kelaparan..menunggu waktu untuk makan

Lagi aksi kelaparan..menunggu waktu untuk makan

Sewaktu sampai di kawasan parkir, kereta masih belum kelihatan begitu banyak. Maka, secara tidak langsung orang pun masih lagi begitu ramai. Sesi pencarian tapak untuk meletakkan segala barangan berjalan dengan lancar. Kitaorang berjaya mendapatkan lokasi yang agak menarik juga. Maka, aktiviti pertama yang dijalankan adalah pemakanan nasi lemak yang telah ditapau oleh Mama. Selain itu, terdapat juga sandwich buatan tangan Auntie Ija.

Selesai sahaja acara pemakanan tersebut, dengan sepantas kilat Adra mengajak Daddy untuk menuju ke permukaan air sungai yang kelihatannya seolah memanggil-manggil Adra. Nah, dia punya jangan cakaplah. Sejuk macam air peti ais.

Adra yang kesejukan

Adra yang kesejukan

Setelah puas bertarung dengan kesejukan dengan air, Adra meminta izin untuk mengundur diri. Tak tahan. Walaupun hati nurani ini berkata Adra masih mampu mengharunginya lagi barang setengah jam. Tapi kecutan di jari adalah bukti yang Adra dah cukup sejuk sebenarnya.

Posing dengan Kakak Alesya

Posing dengan Kakak Alesya

Kitaorang melepak di Ulu Yam ni takdelah lama sangat..menjelang tengahari, Adra pun berangkat pulang sambil pekena tidur dalam kereta setelah penat bertarung dengan air sesejuk peti ais itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s