Edisi Kena Marah

Hm..macam mana tah Adra nak mulakan entri kali ini. Sebagai seorang budak yang baru nak menginjak usia ke angka 3, kadang bila mana Adra terlebih aktif, maka kena marah itu merupakan perkara biasa, iye tak?

Kalau di rumah pengasuh (rumah Tok & Tokwan la), biasanya Adra lebih risaukan Tokwan berbanding dengan Tok. Sebabnya kalau Tok marah, Adra buat muka comel sikit, pasti Tok tak jadi marah. Tapi kalau dengan Tokwan, memang payah nak lepas sikit. Sudahnya, memang menangis la jawabnya Adra.

Antara Daddy dan Mama pula, pun serupa juga. Kalau Mama bising-bising tu, biasanya Adra buat tak reti sahaja. Tak ambil pusing sangat. Jauh sekali nak terasa hati. Taktik Adra pun sama juga, dengan menggunakan formasi muka secomelnya, maka terlepaslah Adra. Tapi kalau sesekali Daddy jerkah ke Adra, memang tak mengambil masa yang lamalah untuk Adra menitiskan airmata kesedihan ni. Takut juga bila kena marah dengan Daddy ni. Tapi Adra tau, tak sampai 5 saat Adra nangis lepas kena marah, pasti Daddy akan dengan segera memujuk Adra..hihi.

Ini merupakan salah satu taktik untuk mengelakkan daripada kena marah berlarutan. Beraksi sebagai "Otomen"

Ini merupakan salah satu taktik untuk mengelakkan daripada kena marah berlarutan. Beraksi sebagai “Otomen”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s