Kisah Ke Johor: Hari Pertama

Hujung minggu sudah, Adra telah berpeluang untuk berkunjung ke Johor bersama dengan Daddy, Mama, Tok & Tokwan. Kunjungan edisi bajet ini dibuat sempena dengan untuk meredakan ketegangan Daddy yang kelihatan agak tertekan juga ditempat kerja. Jadi, kunjungan hormat ke Johor ini sambil bercuti dan juga bertujuan untuk membawa Tok & Tokwan berjalan setelah penat menjaga Adra selama ini. Barangkali, kalau Daddy dikurniakan Bonus, sudah tentu tempat yang dikunjungi jauh lebih menarik. Tetapi, kunjungan ke Johor ini pun sebenarnya Adra dah rasa seronok sangat. Iyelah kan, bukankah menggembirakan hati anak perempuannya, akan dikurniakan pahala. Harap-harap Daddy & Mama pun turut dikurniakan pahala kerana telah membuatkan Adra & Tok serta Tokwan bergembira. Amin.

Muka gembira Adra

Muka gembira Adra

Memulakan perjalanan sekitar jam 7.30 pagi dari rumah Tok, itupun setelah Adra berjaya juga membangunkan diri untuk bersiap ala kadar. Selesai sahaja berjaya dibedakkan dimuka, maka kitaorang pun dengan sesegera mungkin bertolak. Destinasi yang harus dituju adalah Hentian Rehat & Rawat Seremban untuk bersarapan. Adra pun tak berapa nak perasan sangat tentang kelajuan Daddy di awal pagi ini. Lebih kurang jam 8.00 pagi kitaorang dah pun sampai untuk bersarapan.

Memandangkan di awal pagi macam ni, memang mood Adra agak lari juga. Puas jugalah nak kena pujuk bagai bagi mood Adra kembali ok. Setelah bersarapan ala kadar, kitaorang segera menyambung perjalanan tepat jam 8.45 pagi. Sewaktu dalam perjalanan sesi kedua ini, Adra lebih banyak bersembang dengan semua orang. Nak tidur pun mata masih segar lagi selepas bersarapan.

Dah sampai ke Nusajaya

Dah sampai ke Nusajaya

Namun, sedar tak sedar..tahu-tahu saja mata ini dah terlelap. Memang tak sedar apa. Sedar-sedar sahaja Adra dah pun sampai ke Nusajaya sekitar jam 11.30 pagi. Nusajaya ni walaupun terletaknya di Johor, tapi apabila berada di Nusajaya membuatkan Adra tak seperti berada di Johor. Rasa macam lain sangat. Dia punya infrastruktur memang ada bercirikan moden dan kapitalis. Kalau tengok kepada nama di Papan Tanda di sekitar Nusajaya, memang tiada ciri ke-Malaysia-an langsung. Barangkali, ini semua strategi untuk menarik pelabur asing untuk melabur di Nusajaya ini. Oleh sebab pembangunan yang sedang rancak dilakukan, maka jangan hairanlah dia punya panas berdenting.

DSC_0637

DSC_0643

Bila mana dah nampak bangunan empat segi berwarna kelabu ni, Adra dah mula rasa teruja. Mujur juga ada kosong tempat parkir kereta di luar bangunan ni. Sepantas kilat Adra meluru ke pintu masuk. Ok, cerita masuk ke tempat ini Adra akan ceritakan dalam satu entri khas. Kita skip aja.

Awan mendung berarak kelabu..eceh

Awan mendung berarak kelabu..eceh

DSC_0993

Lebih kurang 1 tengahari, kitaorang dah pun meninggalkan kawasan Nusajaya untuk menuju ke arah JB dengan berpaksikan GPS telefon pintar Adroid 2.3 milik Daddy. Cuaca pula semakin gelap member petanda hujan lebat bakal membasahi bumi JB. Memandangkan kitaorang belum mengisi perut di waktu tengahari ini, maka destinasi dihalakan ke arah kedai makan terlebih dahulu. Sewaktu melintasi Tune Hotel, kitaorang terpandangkan Restoran Singgah Selalu maka dengan sepantas kilat Daddy memberi isyarat masuk ke kiri. Melihatkan deko dan dengar cakap-cakap blog, harga di restoran ini semamangnya bukan tahap 1Malaysia. Lebih kepada harga 1Singapura. Mujur juga tahap kesedapan makanan dia boleh dibanggakan. Kira berbaloi jugalah. Antara menu makanan tengahari kitaorang di waktu tak berapa nak tengahari itu adalah, Tomyam, Udang goreng Butter, Ayam Masak Lada Hitam, Sayur Campur, Telur Bungkus, Kueteow Goreng (Tokwan punya) dan juga Roti John (yang ni Daddy punya). Untuk pemanis mulut, Daddy juga telah memesan apam balik yang telah di-hibrid-kan dengan ditambah perisa coklat dan ditabur hirisan pisang lalu dijelmakan semula sebagai Crepe Banana Chocolate. Memandangkan sewaktu kitaorang sedang makan hujan memang tengah lebat, maka licinlah segala jenis makanan yang ada di atas meja. Terima kasihlah kepada Tok yang sudi untuk menaja makanan kitaorang waktu tengahari ini..hihi.

Lebih kurang jam 3.30 kitaorang pun segera beredar menuju ke Tune Hotel untuk daftar masuk dikala hujan renyai masih lagi menyirami bumi JB. Sebaik sahaja berjaya memasuki bilik hotel, Adra memang cukup teruja bila mana dapat tidur hotel ini. Memang teruja habis..hihi. Selepas menunaikan apa yang wajib, kitaorang semua berehat dan ketiduran setelah kepenatan sambil ditemani hujan renyai di luar hotel.

Untuk aktiviti di malam hari, kita sambung entri yang berikutnya iye. Macam biasa, penutup entri kita sudahi dengan gambar-gambar.

Entah berapalah suhu kat luar waktu ini

Entah berapalah suhu kat luar waktu ini

Posing bersama Tok & Tokwan

Posing bersama Tok & Tokwan

Posing secara solo

Posing secara solo

Inilah dia apam balik hibrid yang Adra cakapkan tu

Inilah dia apam balik hibrid yang Adra cakapkan tu

Nampak..nampak..Tune Hotel kat hujung tu

Nampak..nampak..Tune Hotel kat hujung tu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s