Kisah Ke Johor : Sambungan Hari Pertama

Sebelum tidur pekena susu dulu

Sebelum tidur pekena susu dulu

Memandangkan kepenatan yang agak melampau, maka Adra tertidur melewati waktu Maghrib. Itu pun setelah Daddy kejutkan, baru Adra tersedar. Destinasi malam ni pula sudah tentulah untuk ke Danga Bay yang diwar-warkan sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi sewaktu ke JB. Tambahan pula jarak lokasi dengan Tune Hotel ini memang dekat sangat. Tak sampai 5 minit, kitaorang dah pun sampai. Kalau tengok sekali imbas, nampak macam meriah juga Danga Bay ini. Barangkali, berkat pergi di sini waktu malam, maka segala kekurangan yang ada macam tak berapa nak nampak sangat.

DSC_1022

Bila diperhatikan betul-betul, kawasan Danga Bay ni nampak sangat dah keuzurannya. Malah ada beberapa permainan yang ada tidak lagi beroperasi dan hanya terbiar begitu sahaja. Gerai makanan pun sudah lagi tidak kelihatan. Harap-harapnya pihak berwajib, segeralah perbetulkan apa yang perlu sebelum Danga Bay ini tinggal nama sahaja. Sayang sebab Danga Bay ini dah punya asas yang menarik untuk berterusan menarik kunjungan orang ramai.

Sewaktu berada di sini, sempat jugalah Adra bermain permainan kuda yang jenis pusing-pusing setempat tu. Sebenarnya, ini pertama kali Adra bermainan seperti ini kerana jarang betul Adra punya keberanian untuk bermain..hihi. Kemudiannya, sebelum pulang, Adra juga berjaya memujuk Daddy untuk menaiki keretapi mini satu pusingan dengan harga yang sebenarnya tak berapa nak berbaloi sebab dekat sangat. Tapi disebabkan macam tertarik saja melihatkan orang ramai beratur nak menaikinya, maka Daddy pun mengalah juga demi Adra. Kali ini, Tok & Tokwan hanya duduk ditepi sahaja memerhatikan Adra, Daddy & Mama naik bersama keretapi tersebut.

DSC_1039

Kemudiannya, kitaorang terus beransur untuk mencari tempat makan malam pula. Hasrat dihati nak ke kawasan Stulang, tapi sewaktu melalui Dataran Bandaraya, tiba-tiba Tok terperasankan satu tempat makan yang Tokwan pernah singgah suatu ketika dahulu. Maka, segeralah Daddy menghalakan untuk memarkir kereta di tempat yang diberi nama Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya. Apa yang uniknya di kawasan ini, deretan lori kecil dijadikan tempat berniaga. Orang pun boleh tahan ramai di tempat ini. Selain daripada Steamboat, pelbagai jenis makanan panas turut dijual di kawasan ini. Cuma sekali lagi yang agak menghampakan apabila harga yang dikenakan masih lagi berada di tahap 1Singapura dan bukannya 1Malaysia. Barangkali, kaya sungguh orang JB ini ye. Harga sepinggan kueteow dengan pinggan polistrin berharga RM5, yang mana untuk tahap gerai seperti ini agak kurang berpatutan. Entah siapalah yang patut diadukan bilamana harga mahal macam ni kan.

Sewaktu jarum jam sudahpun melewati angka 10, maka secara otomatis-nya perasaan mengantuk ini hadir tanpa dipaksa. Daddy apatah lagi setelah seharian memandu dari awal pagi. Maka, terus sahaja kitaorang pulang untuk beradu sebelum menyambung kembali aktiviti keesokkannya.

Selamat malam....ZZzzzzz

Selamat malam….ZZzzzzz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s