Kisah Ke Johor : Hari Terakhir

Hari kedua (Ahad) merupakan hari terakhir kitaorang di JB ini. Memandangkan masih lagi kepenatan, maka pagi minggu tu kitaorang memang sengaja bangun lewat sedikit. Tapi tak bolehlah lewat sangat sebab nak kena Daftar Keluar terus sambil mencari tempat untuk bersarapan. Leceh juga nak kena berdiplomasi dengan perut kalau dah lambat bersarapan ni karang.

DSC_1054

Sewaktu mula meninggalkan persekitaran hotel, cuaca di luar sudahpun memberikan petanda yang sekali lagi hujan lebat bakal membasahi bumi JB. Dengan perpandukan GPS di telefon bimbit milik Daddy, kereta Daddy segera dihalakan ke arah Larkin. Lokasinya, Medan Selera Balai Bomba Larkin. Menu yang dicari, tak lain dan tak bukan, Kacang Pool Haji. Lebih kurang 15 minit perjalanan, kitaorang berjaya juga sampai ke lokasi yang dimaksudkan. Memandangkan waktu kitaorang tiba tu masih lagi ditemani hujan lebat, maka tak ramai sangatlah orang di medan selera tersebut. Masih ada lagi meja-meja yang kosong. Kira sesuai sangatlah untuk kitaorang yang sememangnya tengah kelaparan ni kan.

DSC_1052

 

Daddy bila dah nampak Kacang Pool tu dia punya seronok jangan cakaplah. Sebab dari rumah lagi Daddy memang dah “aim” nak makan Kacang Pool ni. Manakala, Mama pula memesan Lontong, Tokwan dengan Nasi Lemak manakala Tokwan pula memesan menu yang agak istimewa juga, Lempeng Kelapa sambil dicicah dengan sambal. Adra pula, hanya berkongsi Nasi Lemak dengan Tok. Kira oklah kan buat alas perut di pagi hari. Oh ya, tentang harga disini pula, tak jauh beza dengan tempat makan di Kuala Lumpur. Tak murah dan tak mahal. Sedang-sedang orang kata.

Memandangkan jam sudah pun berganjak ke angka 10 pagi, maka kitaorang harus meneruskan perjalanan. Destinasi yang dituju adalah JPO (Johor Premium Outlet) kerana ingin membawa Tok melihat-lihat sekitar JPO ini. Ikutkan, Adra sememangnya tiada hati sangat nak ke tempat premium sebegini. Maklumlah, harga dia dah sah-sah bukan lagi 1Malaysia. Entah 1 apa pun tak tahu Adra nak cakapkan. Tapi sekadar cuci mata melihatkan barangan berjenama ini, Adra ok saja..hihi.

DSC_0010

Sewaktu sampai di JPO ini, renyai lagi menyimbahi bumi. Maka, bergegas-gegaslah kitaorang mengelak rintik-rintik daripada menimpa kepala. Keadaan di tempat parkir pun memang jelas boleh dihitung bilangannya. Di JPO ini kitaorang hanya sekadar cuci mata sahaja. Cuma bila ke “Outlet” GAP barulah ada dibeli sedikit barangan. Itupun sebab murah. Kalau tidak, janganlah haraplah kitaorang nak berbelanja.

Meninggalkan JPO, jam sudahpun menghampiri waktu Zohor. Waktu ini, memang waktu untuk tidur sebenarnya. Jadi, Adra memutuskan untuk tidur sahaja. Cuma bila sampai di R&R Pagoh baru tersedar. Itu pun sebab kitaorang berhenti untuk mengisi perut dan menunaikan kewajipan pada yang Satu. Selesai urusan-urusan tersebut, kitaorang pun meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.00 petang kitaorang selamat kembali ke rumah. Walaupun terasa penat dengan percutian pendek & ringkas ini, tetapi gembira hanya Tuhan yang tahu. Sekianlah sahaja cerita Adra untuk kunjungan ke Johor ini. Lepas ini, Adra nak siapkan entri khas ke Taman Tema dan Tune Hotel pula iye 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s