Kisah Ke Sanrio Hello Kitty Town

DSC_0679
Ok, sekarang masanya untuk Adra bercerita tentang kisah ke Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Puteri Harbour Family Theme Park yang mana turut menempatkan The Little Big Club di Tingkat 2 dan Tingkat 3. Taman Tema Hello Kitty (yang mana Adra sebut “Hello Kippy” sebenarnya) yang dibina pertama kali di luar negara Jepun sememangnya menarik perhatian anak-anak kecil dan tak berapa kecil khususnya berjantinakan perempuan untuk datang ke sini. Macam kitaorang, memang tujuannya untuk ke Tingkat 1 ini sahaja, maka bayaran RM55 dikenakan. Jikalau ingin kedua-duanya (Hello Kitty + The Litte Big Club) maka bayaran RM85 akan dikenakan sebagai ganti tiket masuk. Memandangkan Adra ini belum lagi cukup umur 3 tahun, maka terselamatlah dari sebarang bayaran dikenakan.

Bergambar sekeluarga..

Bergambar sekeluarga..

Amacam, ada gaya tak Adra main Piano ni?

Amacam, ada gaya tak Adra main Piano ni?

Sebaik sahaja RM220 bertukar tangan, maka tiket dan sekeping kad aktiviti akan diberikan sebagai ganti. Sewaktu melintasi pintu masuk ke Taman Tema ni, Adra dah rasa macam nak melompat punyalah seronok. Warna “pink” kegemaran Adra bersepah sana sini. Itu belum lagi tengok patung Hello Kitty yang menghiasi hampir keseluruhan tempat. Dia punya teruja tu lain macam sangatlah. Dalam taman tema ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Tempat pertama yang kitaorang masuk adalah Rumah Hello Kitty. Dalam ni, dia punya deko memang dipenuhi Hello Kitty sesaja. Sampaikan “feature wall” pun turut mempunyai lambang Hello Kitty. (Fuh, ayat Adra dah macam Majalah Deko pun ada). Habis dengan meja makan, kerusi, katil, tempat mandi, piano, alatan memasak nasi pun turut menerima tempias Hello Kitty. Isk, tiba-tiba Adra macam dah terbayangkan punya bilik sendiri sambil dihiasi dengan tema Hello Kitty ini..hihi.

DSC_0743

Namun, kunjungan kitaorang kat dalam rumah ini sedikit terganggu apabila terdengarkan bunyi bising dari pentas utama Purrfect Stage yang mana persembahan pentas Hello Kitty telah pun bermula. Maka, dengan sedikit rasa ralat, kitaorang terus sahaja bergegas keluar untuk menyaksikan persembahan tersebut. Oh ya, untuk makluman, setiap kali tempat yang Adra masuk itu (termasuklah rumah Hello Kitty tersebut) hanya boleh sekali masuk sahaja. Tidak boleh berulang kali. Itu yang membuatkan rasa tak berapa nak seronok. Tak sempat Adra nak menghayati dengan lebih mendalam lagi rumah Hello Kitty tersebut.

DSC_0754

Tapi dapat menyaksikan persembahan pentas itu pun sebenarnya dah amat menyeronokkan buat Adra. Cumanya persembahan pentas seperti itu sebenarnya agak kurang sesuai untuk ditonton oleh anak-anak kecil dan juga Daddy-Daddy mereka kerana mempamerkan wanita dalam keadaan yang agak seksi juga. Harap-harap waktu persembahan tu Daddy memang tengah tutup mata..hihi.

Comel kan kitaorang

Comel kan kitaorang

Tamat sahaja persembahan tu, kitaorang menuju pula ke Wish Studio, di mana aktiviti pembuatan rantai/gelang tangan dijalankan dan diberikan secara percuma bersama dengan sebuah “Pendent”. Cuma apa yang sedikit rasa tak berapa nak gembira, bila mana Adra fikirkan “Pendent” tersebut berbentukkan Hello Kitty, tapi lebih kepada corak abstrak. Memandangkan kitaorang berlima, maka dapatlah 5 utas rantai yang mana Adra berjaya menyambung dua daripadanya untuk dijadikan rantai leher. Ok lah kan. Selesai upacara yang separuh seronok ini, kitaorang terus pula ke ruangan sebelah untuk acara mengambil gambar bersarungkan pakaian Hello Kitty. Daddy hanya membiarkan kitaorang sahaja yang bersiap sambil menggunakan alasan untuk mengambil gambar kitaorang sahaja. Padahal Daddy segan sebenarnya..hihi. Apalah Daddy ni. Kitaorang comel sahaja beraksi dihadapan kamera bersarungkan pakaian bertema Hello Kitty ini.

DSC_0846

Kemudiannya pula kitaorang terus sahaja menuju ke Black Wonder setelah Adra sempat untuk juga untuk bermaian di Friendship Land untuk bermain menghiburkan hati secara ala kadar. Tempat Black Wonder ini bertemakan seram, jadi permulaan tu Adra agak curiga jugalah nak masuk. Sebenarnya, kat sini disediakan permainan interaktif ala-ala Tresure Hunt, tapi kitaorang cuma berniat untuk mengambil gambar sahaja di dalamnya.

Er, Adra takut juga sebenarnya bergambar dengan makhluk besar-besar ni

Er, Adra takut juga sebenarnya bergambar dengan makhluk besar-besar ni

Itulah sahaja tempat-tempat yang menarik untuk taman tema Hello Kitty ini. Sebelum balik, Adra terlihatkan maskot Hello Kitty baru sahaja tiba di Kawaii Photo Center untuk upacara mengambil. Maka dengan pantas Adra meminta Daddy beratur sama sebelum mengambil. Kira kebetulan yang sangat tepat. Yang sebenarnya, Adra memang risau juga nak bergambar dengan binatang yang besar-besar macam ini..hihi.

Efek laju..hihi

Efek laju..hihi

Sebelum berangkat pulang, Adra sempat meminta izin untuk bermain Tea Cups Ride tu. Sempatlah juga dua pusingan Adra naik bersama Tokwan dan Daddy. Sekianlah sahaja kisah Adra ke sini. Kalau ada yang bertanya berbaloi ke tidak untuk ke sini, Adra fikir kalau sesekali menggembirakan anak kecil seperti Adra ini, memang sangat berbaloi tau. Tapi pergi sekali rasanya cukuplah kot. Tengok lepas kalau ada rezeki pergi tempat lain pula. Macam biasalah, untuk penghabisan entri kita layan gambar pula iye.

DSC_0662

Tokwan pun sama ceria

Tokwan pun sama ceria

DSC_0694

DSC_0728

DSC_0719

DSC_0799

DSC_0801

DSC_0872

DSC_0842

DSC_0889

DSC_0922

puteri_harbour_park_map_hello_kitty_town_first_floor

Advertisements

2 thoughts on “Kisah Ke Sanrio Hello Kitty Town

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s