Kisah Berhujung Minggu Di Tasik Titiwangsa

adra8
Petang hujung minggu yang lalu juga Adra telah berkesempatan untuk mengajak Daddy beriadah ke Tasik Titiwangsa, salah satu tempat beriadah yang Adra fikir terkemuka selain daripada Taman Tasik Metropolitan yang sentiasalah sesaknya pada setiap petang hujung minggu. Nak cari parkir kereta kemain payah lagi. Makanya, Tasik Titiwangsa adalah pilihan yang paling tepat.

Adra5

Sewaktu sampai di sana petang Sabtu, kelihatan kereta memang dah penuh sepanjang jalan. Mujur juga ada satu tempat kosong ngam-ngam parkir kereta berhadapan dengan tapak Eye On Malaysia tu. Memang sesuai sangatlah untuk Adra menjalan aktiviti permainan Adra tu. Terus sahaja Daddy mengeluarkan kereta mainan yang baru sahaja dibeli Daddy dengan menggunakan duit elaun hospital sewaktu Adra kena tahan wad tempoh hari daripada penanggung insuran Adra yang baru sahaja diperolehi. Memang Adra minta Daddy belikan kereta mainan ini lah jawabnya..hihi.

Adra9

Memandangkan kawasan ini agak lapang, maka memang seronoklah Adra dapat bermain. Daddy dan Mama hanya duduk memerhatikan Adra sahaja. Kanak-kanak pun ramai. Ada jugalah Adra perati dua tiga orang kanak-kanak yang turut bermain permainan kereta / motor seperti Adra ini. Nak ajak berlumba, bimbang jatuh ke dalam tasik pula. Jadi, Adra setakat pusing-pusing sahajalah.

Sewaktu jam dah pun menunjukkan 630 petang, Adra pun mengajak Daddy dan Mama untuk pulang setelah puas rasa gembira di hati dapat bermain. Kalau ada kelapangan lagi, memang Adra nak ke sini lagi. Tapi ingat nak ajak Aisyah lah. Dengar kata, Aisyah juga punya motor berkuasa besar..hihi.

Adra7

adra4

Advertisements

2 thoughts on “Kisah Berhujung Minggu Di Tasik Titiwangsa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s