Kerintingkah Adra?

Rasanya mesti ramai yang dah lama perasan tentang kekerintingan rambut Adra ini. Sudahlah Adra ini jenis yang tak berapa nak gemar ada bendasing atas kepala, cekak rambut misalannya. Maka, kalau selepas main seharian memang rambut Adra lekas kusut masai. Macam anak terbuang pun ada gaya..hihi. Sebenarnya rambut Adra sewaktu kecil dulu takdelah kerinting. Lurus juga rambut Adra suatu ketika dahulu. Dahlah rambut pun jenis halus-halus dan pendek je. Ada yang kata cantik bila kerinting ni. Tapi bila dah kusut masai ni, nampak comot je rasa kan.

Adra pun macam tak berapa nak perasan sejak bilakah gaya rambut Adra mula berubah menjadi kerinting. Perubahan ketara gaya rambut Adra ni rasanya sejak setahun yang lalu kot. Barangkali, ianya berpunca daripada gaya hidup yang kurang sihat telah Adra amalkan. Nak tahu..?? Sebelum tidur, sambil minum susu biasanya Adra akan memintal hujung rambut Adra sampailah Adra terlena. Kadang tu kena tegur juga dengan Daddy..iyelah bila mana dah sampai bersimpul tak boleh nak betulkan balik sampai kena gunting baru ok rambut Adra tu..hihi. Memintal rambut sambil minum susu waktu nak tidur memang merupakan tabiat Adra sebelum tidur nak kasi khayal. Nak buat macam mana kan. Rasanya masing-masing pun punya cara yang tersendiri sebelum nak tidur kan??

Gambar tahun sudah..masih lurus lagi..hihi

Gambar tahun sudah..masih lurus lagi..hihi

Gambar terbaru..serabai kan Adra

Gambar terbaru..serabai kan Adra

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s