Rwd : Blok 63 Kallang Bahru

Ini sahaja kenangan yang ada

Ini sahaja kenangan yang ada

Sebenarnya Adra macam taktahu nak mula dari mana untuk memulakan entri ini. Seperti entri yang dahulu, Adra telah pun kehilangan arwah Moyang belah Daddy yang mana, rumah Moyang Adra ini terletak di Blok 63 Kallang Bahru. Kallang ni sebenarnya merupakan salah satu kawasan perjiranan yang agak lama juga di Singapura. Adra tidak pasti berapa lama, tapi semenjak Tok Busu Halim dari kecil lagi memang dah tinggal di Kallang Bahru ni.

Secara jujurnya, kitaorang semua memang suka kawasan perjiranan Kallang Bahru ini kerana kedudukannya yang boleh dikatakan amat strategik. Geylang Serai yang sangat terkenal itu pun memang dekat juga, ibarat dari rumah Adra di Selayang menuju ke Sentul. Nak pergi pekena murtabak di Zam-Zam itu pun memang dekat juga. Yang lagi seronoknya, nak pergi ke rumah Moyang belah Mama yang terletak di Hougang itu pun sebenarnya boleh dikatakan agak dekat juga. Kalau datang ke Singapura menaiki Bas Ekspress, turunnya juga terletak di Lavender Street itu pun dekat juga. Serba serbi dekat.

Tentang kawasan Blok 63 ini, flat ini terletak bersebelahan dengan Sungai Kallang, cuma rumah Arwah Moyang Adra ini mengadap jalan besar. Duduk di tingkat 10, memang dapat lihat pemandangan yang cantiklah kiranya. Selang dua tiga blok ini juga terdapat Medan Selera yang turut menjual rojak dan juga mee goreng yang boleh tahan sedap. Kedai-kedai runcit juga terdapat di sini. Yang lagi seronok, Pasaraya NTUC (kalau di tempat kita ini, level dia serupa Mydin la kot) turut mempunyai cawangan selang dua tiga blok daripada Blok 63 ni. Sewaktu ke sana, pernah jugalah sekali Adra menjejakkan kaki ke Pasaraya ni. Memang seronoklah kalau duduk Kallang Bahru ni. Yang terbaru, sebuah stesen MRT bawah tanah yang baharu juga sedang dibina dan dijangka siap pada 2017.

Tapi sayang..ini semua bakal menjadi tinggal kenangan. Kerana rumah Arwah Moyang akan dijual atas sebab-sebab yang agak peribadi untuk Adra kongsikan. Bila dapat tahu, seluruh keluarga berasa sedih. Daddy juga berasa sedih. Iyelah, sedari kecil lagi Daddy memang dah biasa setiap kali datang ke Singapura, inilah tempat tidurnya. Itu belum kalau ditanya kepada Tokwan dan lain-lain kaum kerabat di Singapura sana. Mesti lagi bertambah sedih. Sejak kecil lagi mereka memang sudah tinggal di situ. Tapi itulah kan. Keputusan telah diambil. Selepas ini kalau ke Singapura pergi ke rumah Moyang Adra di Hougang tu mesti lalu je Kallang tanpa ada singah-menyinggah. Mesti Daddy rasa sayu. Nak balik Singapura pun rasa macam tak berapa nak seronok sangat dah. Takde jiwa orang kata. Alahai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s