Mari Pergi Ke Petrosains KLCC

Sebenarnya kisah ini dah pun berlalu beberapa minggu yang sudah. Cuma baru-baru ini sahaja baru Adra berkesempatan nak kemaskini tentang kisah ke Petrosains. Memandangkan dah agak lama juga cerita ini, jadi mood nak buat entri ini tak berapa nak ada. Jadi, Adra buat keputusan untuk entri secara ringkas sahajalah iye.

1. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM15. Manakala berusia bawah 3 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Jimat sikit Adra tak kena tiket itu hari..hihi.

2. Sebelum sampai ke dalam Petrosains, kitaorang dikehendaki untuk menaiki Dark Ride, sejenis Gondola ke belah atas sambil dihidangkan dengan tayangan video berkenaan Sains dan Malaysia. Seram juga sewaktu gondola ini mendaki ke atas.

3. Banyak perkara berkaitan Sains yang boleh dipelajari di sini. Yang paling Adra suka, bila mana memasuki tempat untuk merasai bagaimana kelajuan angin daripada jenis angin kipas-kipas biasa sehinggalah ke angin selaju puting beliung.

4. Permainan interaktif pun banyak juga yang ada disini. Memang seronok sangat-sangatlah. Berlari sana sini aja Adra ni tau..hihi.

5. Selepas melalui ada satu pintu ni tiba-tiba Adra dikejutkan dengan satu binatang purbakala bersaiz rumah Semi-D di Alam Impian tu. Mak ai, besar bukan main lagi replika Dinasour ni. Terkejut Adra.

6. Kat dalam Petrosains itu juga terdapat permainan lumba kereta. Itu jam memang feeling serupa Sebastian Vettel dah..hihi.

7. Antara yang paling mencuri perhatian Adra adalah replika Pelantar Minyak yang mana pembinaannya Adra rasa hampir 100% sama. Sayangnya, Adra terlalu kecil dan tak punya cukup ketinggian untuk menaiki simulasi helikopter untuk tiba ke Pelantar Minyak ni. Adra cuma berjalan melalui antara dua simulasi tersebut sahaja.

8. Kalau lapar, juga terdapat R&R di dalam Petrosains ni untuk membasahkan tekak sambil pekena snek ringan. Tapi Adra tak singgah pun. Karang entah berapa pula harga yang dijualnya tu.

9. Watercooler juga terdapat di tempat-tempat yang strategik di dalamnya. Jadi, tak perlu risau dahaga iye.

10. Percaya atau tidak, Adra menghabiskan masa 2 jam di dalam Petrosains tu. Itu pun banyak juga yang Adra skip begitu sahaja sewaktu kat dalam tu. Penat.

Ok, Adra dah tak tahu nak tulis apa. Jom layan gambar pula iye.

Replika binatang zaman purba..terkejut Adra tau

Replika binatang zaman purba..terkejut Adra tau

Seronok betul dapat main kat sini

Seronok betul dapat main kat sini

Adra cuma kalah tipis je dengan Uncle kat sebelah ni tau

Adra cuma kalah tipis je dengan Uncle kat sebelah ni tau

Adra di Replika Pelantar Minyak

Adra di Replika Pelantar Minyak

Bergambar dengan Mama depan Replika Pelantar Minyak

Bergambar dengan Mama depan Replika Pelantar Minyak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s