Status Cucu Tunggal

Buat masa ini status sebagai cucu tunggal untuk kedua belah keluar Daddy dan juga Mama berjaya Adra pertahankan dengan jayanya sehingga kini. Maka tidak syak lagi, Adralah menjadi kesayangan semua orang. Seronok tu memang seronok lah. Cumanya Adra selalu sangat menjadi perhatian. Jadi, memang sukarlah untuk Adra membuat sebarang kesilapan. Baru nak mula buat benda salah sikit je, memang cepat betul kena tegur. Tak mengapalah. Demi kebaikan Adra juga kan.

Sepanjang bergelar cucu tunggal ni, banyak betul pengalaman manis Adra bersama ahli keluarga yang lain. Maklumlah, sudah tentu Adra ini menjadi kesayangan. Minta je dapat. Kadang baru pasang niat nak niat pun tahu-tahu saja dah dapat. Seronok betul rasa. Er, ada jugalah kadang-kadang tu kena jerkah juga..hihi. Nak-nak Daddy jerkah, takut woo. Daddy ni nampak sahaja macam manjakan Adra, tapi kalau Adra ter-over manja, alamatnya nangis sahajalah yang mampu Adra lakukan untuk menepis segala jerkahan yang ada.

Cumanya, status Adra ini bakal berakhir menjelang beberapa bulan sahaja lagi. Jangankan kata belah Daddy, waima belah Mama pun Adra terpaksa mengalah. Gelaran cucu tunggal yang Adra pegang selama hampir 3 tahun ni bakal hilang kerana Acu Mira (belah Daddy) dan juga Bik Acu Su (belah Mama) dijangka melahirkan baby masing-masing sekitar Ogos/September ini. Eii, rasa macam tak sabar pula nak dapat adik-adik saudara yang baru.. 🙂 Entah lelaki ke perempuan. Harap-harap bila keluar nanti semuanya selamat dan sihatlah hendaknya. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s