Mari Ke Penang Sekali Lagi – Hari Kedua

ZZZzzzz

ZZZzzzz

Di hari kedua @ hari terakhir ini boleh tahan lambat juga Adra bangun. Mujur juga kewajipan bersolat Subuh belum lagi dikenakan ke atas Adra. Memang sedap betullah tidur. Nyenyak bukan main. Sedar-sedar sahaja dah kena kejut bangun. Memandangkan kitaorang tidak mengambil set sarapan, maka haruslah bersiap dengan kadar segera untuk terus daftar-keluar dan mencari tempat untuk bersarapan.

A35
Lebih kurang jam 9.00 pagi kitaorang bersarapan di sebuah kedai mamak yang terletak di hadapan laut, Gurney Drive. Mujur juga jerebu belum lagi menyerang Penang di kala ini. Jadi, pemandangannya pun masih dikira cantik lagi. Dah nama pun kedai mamak, maka menu yang wajib dipesan sudah tentulah terdiri daripada roti canai dan juga capati. Tak kurang juga tosei.

B6
Sebaik sahaja selesai bersarapan, maka kitaorang terus menuju ke Bukit Bendera. Tahun sudah masa Adra pergi Penang tak sempat nak pergi sini sebab terlalu ramai orang dan parkir kereta pun penuh. Sewaktu kitaorang sampai jam 10.00 pagi macam tu, mujur parkir masih ada lagi kosong dan pengunjung masih tidak lagi terlalu ramai. Beratur nak beli tiket yang berharga RM8 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak pun tidak ramai lagi. Untuk pengetahuan semua, ruangan stesen bawah dalam proses penambahbaikan, jadi sedikit berhabuk di bahagian luar. Tetapi di bahagian dalam ruangan menunggu, sejuk betul rasa dengan pemasangan hawa dingin yang banyak. Tak rasa panas langsung.

B7
Beratur tak sampai 5 minit, dah nampak kelibat tren baharu itu. Berdebar juga Adra tengok tren yang menyengek serupa itu. Memandangkan orang agak ramai, maka terpaksalah kitaorang berdiri sahaja di dalam tren. Tapi Adra lagi rasa seronok sebab dapat melihat pemandangan luar dengan lebih jelas. Ternyata tren yang baharu ini memang laju. Cepat betul dah sampai stesen atas. Turun sahaja di dari tren, perkara wajib macam biasalah bergambar. Maklumlah, pelancong katakan..hihi. Cuaca di atas Bukit Bendera ni bolehlah dikatakan agak berangin juga. Kitaorang tidak mengambil masa yang lama di atas ni, sekadar bergambar sana-sini sambil menikmati pemandangan yang cantik melihat Bandar Penang. Di Bukit Bendera ni pun menurut kata Daddy dah banyak yang berubah. Semakin cantik. Ada Astaka yang telah dibina untuk melihat pemandangan, ada Muzium Burung Hantu, nak menyewa buggy untuk melihat sekitar Bukit Bendera pun turut disediakan kepada pengunjung.

B10
Lebih kurang sejam menghabiskan masa di Bukit Bendera, kitaorang pun terus beransur untuk pulang. Cuaca panas pun dah mula terasa . Dah menghampiri waktu tengahari barangkali. Menunggu tren untuk turun semula pun tidak lama. Memandangkan dah waktu makan tengahari dah masuk waktu, maka kitaorang segera mencari kedai makan. Pada mulanya macam nak pekena Nasi Kandar Line Clear, tapi memandangkan kesukaran yang mendapat parkir maka Restoran Pelita yang menjadi pilihan kerana senang terus parkir kereta depan kedai sahaja. Habis sahaja waktu makan tengahari, maka sampailah saat untuk kitaorang meninggalkan Penang. Seperti biasa, lepas pekena Nasi Kandar ni memang sedap betul kalau dapat tidur dalam kereta. Tahu-tahu sahaja dah sampai KL pun.

Lepas bersarapan depan Gurney Drive

Lepas bersarapan depan Gurney Drive

Laju sungguh tren yang baru ini

Laju sungguh tren yang baru ini

Posing lepas turun daripada tren

Posing lepas turun daripada tren

B11

Gaya professional mengambil gambar..hihi

Gaya professional mengambil gambar..hihi

Rehat sekejap penat juga berjalan kat atas Bukit Bendera ni

Rehat sekejap penat juga berjalan kat atas Bukit Bendera ni

B14

Adra sorang-sorang je kat Astaka ni

Adra sorang-sorang je kat Astaka ni

Berjaya juga mengambil gambar dengan tren model pertama ni

Berjaya juga mengambil gambar dengan tren model pertama ni

Pekena Nasi Kandar sebelum balik

Pekena Nasi Kandar sebelum balik

Advertisements

2 thoughts on “Mari Ke Penang Sekali Lagi – Hari Kedua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s