Mari Menonton Wayang

Adra2

Hujung minggu sudah sewaktu pulang ke Melaka, sekali lagi Adra berjaya mencatatkan satu lagi sejarah peribadi apabila Daddy mengajak untuk menonton wayang. Sebenarnya Daddy berdebar juga nak pelawa Adra pergi menonton sama ke panggung wayang. Bimbang Adra melakukan perkara-perkara di luar kawalan. Mujur juga, Adra berjaya meyakinkan Daddy dan Mama supaya meneruskan juga hasrat untuk membawa Adra sama untuk menonton wayang.

Seperti yang dijanjikan, akhirnya Adra berjaya juga menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang di AEON Bandaraya Melaka untuk menonton cerita Monsters University. Tempat duduk juga telah dipilih oleh Daddy, iaitu di barisan belakang sekali. Senang kata Daddy kalau-kalau Adra membuat perkara yang kurang elok terus sahaja ke luar panggung sepantas kilat. Adra rasa tercabar juga bila mendengar kata-kata Daddy sebegitu. Adra akan cuba untuk buktikan bahawasanya Adra dah boleh layan-layan cerita di panggung ini dengan tertib. Kalau ajak pergi tonton Fast Furious 6 pun tidak mengapa..hihi.

Sambil Daddy beratur mengambil tiket, Adra meminta Mama supaya membelikan Adra nugget dan juga popcorn buat bekalan sewaktu menonton. Dengar kata, itulah aturannya kalau hendak menonton wayang. Baru ada feel orang kata. Sewaktu tayangan iklan ditayangkan, Adra dah mula rasa berdebar. Durasi iklan yang memakan masa berminit-minit itu dirasakan seperti berjam-jam lamanya. Terus sahaja Adra ajukan soalan ke Daddy bila tayangan sebenar akan bermula. Mujur Daddy segera meletakkan isyarat jari telunjuk di bibir tanda supaya Adra memperlahankan sedikit volume suara Adra. Segera Adra patuh. Tidak lama kemudian, tayangan pun bermula. Adra pun semakin seronok pertama kali menonton wayang ini. Memang tak sedar betullah masa berlalu dengan begitu pantas. Lebih kurang 2 jam jugalah kitaorang menonton wayang.  Harap-harap lepas ni Daddy dah boleh membawa menonton cerita lain pula.. 🙂

P/S: Selama sejam lebih anak  gua menonton sambil berdiri. Setengah jam lagi dia duduk bersandar manakala baki setengah jam lagi dia nak gua pangku diriba pula. Mengantuk katanya. Tak beli tiket pun tak mengapa kalau macam ni.

Teruja betul masa ni..tak sabar nak masuk ke dalam panggung

Teruja betul masa ni..tak sabar nak masuk ke dalam panggung

Adra3

Sebelum balik, sempat juga Adra tunaikan permintaan untuk main benda ni..hihi

Sebelum balik, sempat juga Adra tunaikan permintaan untuk main benda ni..hihi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s