Julai Datang Lagi

Sedar tak sedar, sekarang ni dah pun masuk ke bulan Julai. Cepat sungguh masa berlalu. Minggu depan pula dah nak mula berpuasa. Mujur juga kewajipan berpuasa itu belum lagi dikenakan ke atas Adra. Kalau tidak, jenuh juga Adra nak berlatih bangun sahur pagi-pagi ini.

Seperti biasa, kedatangan bulan Julai ini sememangnya Adra nantikan dengan penuh perasaan teruja. Tengah membilang hari ni, bilalah nak sampai ke hari ulang tahun ke 3 Adra ini. Rasa macam dah besar-besar pula. Padahal baru 3 tahun..hihi. Memandangkan sekali lagi tarikh 21/7 kali ini jatuh dalam bulan Ramadhan, maka sudah tentu tiada acara makan-makan di siang hari. Barangkali, Adra harus menunggu sehingga detik waktu berbuka baru boleh makan-makan. Tak mengapa jikalau tiada kek kerana Adra sememangnya bukannlah penggemar kek. Mau berlari keliling rumah kalau Daddy hulurkan kek kek mulut Adra. Yang penting, pada hari yang cukup istimewa itu dapat bersama-sama dengan orang yang Adra sayang. Dapat makan nugget sama ayam goreng pun dah rasa seronok sangat dah.

Tapi, kalau boleh dapat hadiah misteri ke pun macam seronok juga kan..setahun sekalilah katakan, iye tak? Kalau Daddy soal nak hadiah apa, Adra dah bersedia dah dengan senarai hadiah yang Adra inginkan.. 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s