Mari Bermain Ceper

SAMSUNG

Rata-rata anak kecil dewasa ini lebih mengenali permainan berbentuk elektronik melalui gajet-gajet yang semakin mudah dan murah untuk didapati di pasaran. Tak terkecuali juga Adra sebenarnya. Sebelum tidur memang menjadi rutin untuk Adra menggunakan Tab buatan Malaysia yang Daddy belikan sejak setahun yang lalu buat peneman Adra untuk bermain permainan mahupun menelaah pelajaran untuk kanak-kanak telah Daddy memuat naik dalam Tab tersebut. Kira berguna jugalah sebenarnya teknologi ini kan.

Tapi sebenarnya sesekali dapat melayan permainan tradisi kanak-kanak Malaysia suatu ketika dahulu pun seronok juga sebenarnya. Salah satunya adalah permainan Ceper. Mujur juga Daddy sudi untuk mengajar Adra bermainnya. Tak adalah rasa canggung sangat nak main. Dalam cerita Upin Ipin pun ada dipaparkan permainan Ceper ini. Kira seronoklah dapat bermain, dapat juga mengisi masa yang terluang sementara nak menunggu waktu berbuka nanti. Hilang sikit rasa lapar Adra ini..hihi.

Ok, memandangkan sekarang ini dah dekat sangat musim nak Raya, rasanya dah ada yang nak pulang ke kampung halaman. Adra pun tak terkecuali. Yang sebenarnya Adra dah pun berada di kampung bersama Mama di kala ini. Daddy menghantar kitaorang pulang terlebih dahulu kerana Daddy begitu komited untuk bekerja walaupun di musim perayaan ini..hihi. Insya Allah, petang Rabu kot Daddy akan pulang ke Melaka. Kepada yang masih belum pulang ke kampung, silalah berhati-hati iye dalam perjalanan.  Moga semuanya selamat sampai. Kalau ada masa, Adra akan mengemaskini entri dalam blog ini dari Melaka iye 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s