Berjalan Raya: Berkunjung Ke Rumah Auntie Nana

Di awal kemunculan di Rumah Auntie Nana

Di awal kemunculan di Rumah Auntie Nana

Memandangkan sekarang ini musim Raya, adalah elok sekiranya Adra berkunjung ke rumah sahabat handai rakan taulan untuk mengeratkan lagi jalinan ukhwah. Destinasinya adalah ke rumah Auntie Nana, yang merupakan rakan sepejabat Daddy. Mujur dekat juga rumah Auntie Nana ni, jadi tidak perlulah kitaorang bertempur dengan jem yang amat sinonim sekali sewaktu musim Rumah Terbuka ini. Sewaktu kitaorang sampai sekitar jam 11.30 pagi, tersedia menunggu di Rumah Auntie Nana adalah Auntie Yanyan yang dengar katanya turut menolong memasak di dapur dan tak lupa juga adik saudara Auntie Nana, Kakak Cheryl.

Memandangkan belum ada tetamu yang hadir, maka Daddy dan Mama mengambil kesempatan untuk menjamu selera terlebih dahulu. Tersedia atas meja adalah Nasi Tomato, Rendang Ayam & Daging, Chicken Wrap, Nasi Impit & Kuah Masalodeh dan juga Lemang yang d-import khas oleh Daddy..hihi. Adra pula hanya memakan Nata De Coco yang sememangnya disediakan khas oleh Auntie Nana untuk kanak-kanak seperti Adra. Tak berapa lama kemudian, kelibat keluarga Uncle Fendi muncul di muka pintu diikuti rapat oleh keluarga Auntie Nany Noh. Nah, sekali dah ramai-ramai serupa ini, terasa seperti taska pula apabila melihatkan begitu ramai sekali kanak-kanak. Riuh dan kecoh jugalah rumah Auntie Nana pada hari tersebut.

Tak berapa lama kemudian, muncul pula keluarga Auntie Azie untuk melengkapkan hari begitu meriah sekali walapun hanya bersederhana. Dapatlah Adra bermain dan beramah mesra dengan anak-anak kawan Daddy. Seronok jangan cakaplah. Bukan senang sebenarnya nak dapat berkumpul dan beramah mesra sebegini. Agak lama jugalah kitaorang duduk melepak di rumah Auntie Nana. Sewaktu Azan Zohor berkemundang kitaorang pun meminta untuk mengundur diri kerana perlu untuk berkunjung ke rumah Tok Lang Aziz (adik kepada Tokwan) yang jauhnya tak jauh mana pun daripada rumah Auntie Nana di kawasan Wangsa Maju ini. Kepada tuan rumah merangkap tuan tanah, Auntie Nana ribuan terima kasih diucapkan. Seperti biasa, penghabisan kepada entri ini adalah gambar-gambar pula iye πŸ™‚

Juadah yang tersedia

Juadah yang tersedia

Dengar kata sedap juga Lemang yang Daddy bawa ni

Dengar kata sedap juga Lemang yang Daddy bawa ni

Boleh tahan sibuk juga Auntie Nana pada hari tersebut

Boleh tahan sibuk juga Auntie Nana pada hari tersebut

Comel juga si Na'ilah ni..hihi

Comel juga si Na’ilah ni..hihi

Bersembang dengan si Faris

Bersembang dengan si Faris

Bergambar bersama Tuan Tanah..hihi

Bergambar bersama Tuan Tanah..hihi

Adra sedang disuapkan Nata de Coco

Adra sedang disuapkan Nata de Coco

Keluarga Auntie Nany pula sedang menjamu selera

Keluarga Auntie Nany pula sedang menjamu selera

Akif sedang bermain dengan Babah-nya

Akif sedang bermain dengan Babah-nya

Akif bersama Auntie Azie

Akif bersama Auntie Azie

Roti Pizza buatan Auntie Azie pun sedap juga

Roti Pizza buatan Auntie Azie pun sedap juga

Auntie Yanyan & Auntie Nany berehat kekenyangan

Auntie Yanyan & Auntie Nany berehat kekenyangan

Sampai menangis Daddy punya kerja..hihi

Sampai menangis Daddy punya kerja..hihi

Uncle Am sedang mengisi sampul duit raya atas tangga pun jadi

Uncle Am sedang mengisi sampul duit raya atas tangga pun jadi

Advertisements

2 thoughts on “Berjalan Raya: Berkunjung Ke Rumah Auntie Nana

  1. amboih….cepatnyaaa dah published entry….TQ to daddy adra and family yang hadir dan siap bawak lemang….. meriah rasanyaa…..nanti kita buat pot luck pot luck pulak ehhh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s