Selamat Datang Ke Dunia Wahai Alif Mikhail Bin Hairul Izuan

Assalamualaikum Alif..

Assalamualaikum Alif..

Buat secara eksklusifnya Adra paparkan gambar ahli keluarga terbaharu Adra, Alif Mikhail Bin Hairul Izuan. Acu Mira telah pun selamat melahirkan bayi yang comel yang mempunyai berat 3.9kg secara normal di Hospital Selayang jam 2.30 pagi tadi. Gembira betul rasa dihati kerana lama juga Adra nak kena tunggu kelahiran ini. Kalau nak diikutkan, Acu Mira pun sememangnya terlewat seminggu daripada tarikh sasaran yang diberitahu oleh Doktor.

Nak buat macam mana ni?

Nak buat macam mana ni?

Adra cuma berpeluang menziarahi Acu Mira dan bayinya sekitar lewat petang tadi, sejurus pulang daripada beraya di rumah Uncle Faisal, kawannya Daddy (entri beraya di rumah Uncle Faisal menyusul nanti iye…hihi). Memandangkan Acu Mira ditempat di Wad Kelas Pertama, maka waktu melawat ada sedkit kelonggaran berbanding dengan Wad Biasa yang mana waktu melawatnya harus ditetapi selazim mana waktu-waktu melawat hospital milik kerajaan. Kalau nak diikutkan, dah terpampang jelas yang kanak-kanak tidak dibenarkan untuk melawat di wad. Pada mulanya agak kecewa juga bila mana melihatkan papan tanda sebegitu, tetapi ada juga Adra perati kanak-kanak dengan selambanya sahaja turun naik menuju ke Wad. Ini membuatkan Adra berasa musykil. Bila cuba ditanya ke pengawal yang mengawal, ini merupakan arahan daripada pihak atasan.  Tapi bila ditanya mengapa ada yang terlepas naik, tiada jawapan konkrit yang diberikan.

Terus sahaja Adra memberikan isyarat kepada Tokwan yang tersedia menunggu di bawah membiarkan Daddy dan Mama untuk menziarahi terlebih dahulu supaya mencari jalan untuk ke Wad Kelas Pertama katanya. Mujur betul Tokwan mempunyai idea yang geliga. Berjaya juga Adra sampai ke Wad yang dimaksudkan. Sebaik sahaja memasuki kawasan Wad, Adra perati sememangnya masih ada kanak-kanak yang sebaya Adra elok sahaja berada di kawasan sekitar. Adra senyum sahaja dalam hati.

Memandangkan kitaorang dah penat berjalan dari siangnya, maka tidak lamalah Adra berada di hospital. Segera mohon mengundur diri untuk pulang. Tahniah kepada Acu Mira & Acu Erul kerana dah berjaya menjadi Mama & Papa. Kepada Daddy & Mama, tahniah juga kerana dah berjaya mendapat pangkat Paklong & Maklong. Adra pun tahniah juga kerana dah mendapat pangkat KakLong. Boleh tahan besar juga kan pangkat KakLong ini..hihi. Kepada Alif Mikhail, semoga terus membesar dengan sihat walafiat hendaknya. Amin.

Mama mencuba bakat sebagai MakLong

Mama mencuba bakat sebagai MakLong

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s