Beraya : Ke Rumah Kawan Mama Pula

OK, kali ini giliran untuk beraya di rumah kawan Mama pula. Iye lah, hidup ini kenalah ada tolak ansur dan timbang rasa bukan. Tak aci pula kalau asyik nak beraya di rumah kawan Daddy pula kan. Sabtu lepas destinasi pertama yang ditujui adalah rumah Auntie Ija yang juga merupakan kawan baik Mama sejak dari zaman belajar UiTM, di Ampang, betul-betul bersebelahan MRR2. Jadi, haruslah bergerak awal demi mengelak kesesakan lalulintas. Maklumlah, musim Rumah Terbuka ini boleh sesak juga jalan-jalan utama ini kan.

Jemput makan iye

Jemput makan iye

Mama..nak tambah lagi..!!

Mama..nak tambah lagi..!!

Jom kita main

Jom kita main

Sebaik sahaja tiba, kitaorang tak mengambil masa yang lama untuk mencuba resepi yang telah Auntie Ija sediakan, Soto Ayam. Adra memang gemar betul makanan yang berasaskan sup-sup sebegini. Sedap betul kalau dapat jenis yang hirup-hirup ni. Adra perati Mama dan Daddy pun makan berulang kali juga Soto tersebut. Kira sedaplah agaknya. Adra pula, seperti biasa selepas makan terus sambung bermain dengan anak Auntie Ija. Kira seronoklah pergi beraya kalau ada geng serupa Adra ini. Kalau tak dapat makan pun tak mengapa asalkan dapat bermain. Seronok.

Teruk juga Hulu Langat ni punya sesak

Teruk juga Hulu Langat ni punya sesak

Bermain di rumah Auntie Tina

Bermain di rumah Auntie Tina

Memandangkan ada beberapa rumah lagi yang harus ditujui, maka Adra segera memberi isyarat ke Mama agar segera meringkaskan perbualan dan meminta diri untuk terus ke lokasi seterusnya demi mengelakkan kesesakan lalulintas dengan lebih dasyat lagi jika lambat ke destinasi berikutnya. Lokasi yang kitaorang tujui selepas itu adalah rumah Auntie Tina, rakan pejabat Mama yang terletak di Hulu Langat. Nah, sekali simpang nak menghala ke Hulu Langat boleh tahan kemain sesak lagi. Mujur juga tahap kesabaran Daddy terhadap kesesakan lalulintas ini berada di tahap optimum. Mujur jugalah rumah Auntie Tina ini terletak tak berapa jauh daripada simpang utama hala ke Hulu Langat dari Exit Lebuhraya Cheras/Kajang. Sampai di rumah Auntie Tina ini Adra tak berapa nak makan sangat sebab Adra leka bermain bersama anak Auntie Tina. Dapat barang mainan, memang Adra tak pandang sangatlah benda-benda makan ni kan.

Sambung bermain lagi di rumah Auntie Zura

Sambung bermain lagi di rumah Auntie Zura

Lepak kat rumah Auntie Tina ini pun tak berapa lama sangat sebab kitaorang harus bergegas menuju ke rumah Auntie Zura pula yang terletak di kawasan perjiranan Cheras. Hajat dihati nak melawat anak Auntie Zura lah kononnya. Tapi bilamana kitaorang tiba, si kecil itu pula tengah lena menurut Auntie Zura. Nak kejut tak sampai hati pula kan. Jadi, Adra cuma bermain bersama anak saudara Auntie Zura yang kebetulan turut ada di rumah. Jadilah, buat teman bermain. Sama seperti rumah Auntie Tina, Adra tak jamah apa pun kerana leka bermain. Sewaktu di rumah Auntie Zura ini Adra dah mula rasa mengantuk. Nak minta bantal ke Auntie Zura macam tak berapa manis pula, jadi dengan segera Adra mengajak Mama dan Daddy untuk pulang. Seperti biasa, pekena susu Isomil sama penghawa dingin dalam kereta memang tonik terbaik untuk Adra nyenyak. Tak sampai 2 minit…terus sahaja ZZZzzzz… 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s