Beraya Ke Rumah Uncle Faisal

Sedang memasuki kawasan orang ada-ada

Sedang memasuki kawasan orang ada-ada

Ahad lepas Adra telah berpeluang untuk membuat kunjungan hormat ke rumah Uncle Faisal aka nama popularnya di FB, Sepat Goreng..hihi. Rasanya dua tahun sudah Adra pernah juga membuat kunjungan hormat kali pertama sewaktu datang Beraya juga. Cuma tahun sudah macam tak berapa nak sempat. Mujur juga tahun ini Uncle Sepat tak berapa nak sibuk sangat dan ada di rumah. Jadi memang Adra dah slot kan satu hari untuk berkunjung ke kawasan yang memang terkenal untuk orang ada-ada 🙂

Sebaik kitaorang sampai di Sunway Kayangan tu, terus sahaja dipelawa untuk menjamah Mihun Sup Utara yang telah disediakan oleh Auntie Rose. Memandangkan Adra masih lagi berasa kenyang, maka Adra buat endah tak endah sahaja dengan pelawaan tersebut. Bukannya tak sudi, tapi tekak ni macam tak berapa nak makan sangat lagi waktu tu. Membiarkan Mama dan Daddy menjamu selere terlebih, Adra hanya menonton siaran kartun sambil-sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah milik Uncle Sepat ni. Bukan main besar lagi rumah jenis kayangan ini ye. Entah berapalah agaknya harga rumah serupa ini. Setelah memberi peluang Daddy bersembang sakan dengan Uncle Sepat, maka seperti biasa tugas Adra adalah untuk memberikan isyarat agar bersiap sedia untuk pulang kerana pada petangnya kitaorang harus bergegas untuk melawat Acu Mira dan bayinya. Seperti biasa, pengakhiran entri kali ini disudahi dengan gambar-gambar. Sekali lagi terima kasih Adra ucapkan kepada Uncle Sepat dan juga Auntie Rose.

Punyalah besar rumah Uncle Sepat ni sampai Adra boleh main sorok-sorok

Punyalah besar rumah Uncle Sepat ni sampai Adra boleh main sorok-sorok

Sedap betul mihun sup utara ni

Sedap betul mihun sup utara ni

Dua Sekutu Utama GearTinggi

Dua Sekutu Utama GearTinggi

Posing bersama Auntie Rose pula

Posing bersama Auntie Rose pula

Advertisements

2 thoughts on “Beraya Ke Rumah Uncle Faisal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s