Selamat Datang Ke Dunia Wahai Muhammad Sufi Hafriz Bin Mohd Hanif

2013-09-15 18.29.29

Buat kali keduanya secara eksklusif Adra paparkan gambar ahli keluarga yang terbaharu, Muhammad Sufi Hafriz Bin Mohd Hanif. Bayi seberat 2.75 kilogram ini telah selamat dilahirkan pada 15 September 2013. Memang kebetulan pula Adra pulang ke kampung hujung minggu sudah. Jadinya sebaik sahaja mendapat berita kelahiran bayi ini, tanpa berlengah lagi  Adra mengajak Daddy & Mama untuk segera bergegas ke Hospital Besar Melaka yang jaraknya tidaklah terlalu jauh dari rumah Nenek untuk menziarahi BikAcu dan juga bayinya itu.

Mujur juga hospital di Melaka ini tidak mempunyai sekatan menghalang kanak-kanak daripada memasuki hospital seperti mana polisi yang diamalkan oleh Hospital Selayang. Wujud ketidakseragaman di situ. Maka dengan senang hati kitaorang semua berpeluang terus ke Wad Bersalin tanpa masalah. Seronok sebenarnya dapat melihatkan bayi-bayi yang baru lahir ini.

Secara tidak langsung, dengan kehadiran ahli keluarga terbaharu ini Adra juga telah menyerahkan tahta cucu sulung sekali lagi dalam keluarga Mama pula. Dan ini bermakna sekali lagi Adra bakal memakai pangkat KakLong. Semoga kamu terus membesar dengan sihat dan menggembirakan hati kami sekeluarga, iya. Amin.. 🙂

2013-09-15 18.40.10

2013-09-15 18.44.42

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s