Aktiviti Di Hari Sabtu

Bersiap sedia nak keluar dah ni

Bersiap sedia nak keluar dah ni

Hari Sabtu lepas Adra macam tiada sebarang aktiviti menarik untuk dilakukan. Kebetulan memang tiada langsung rancangan untuk keluar ke mana-mana. Tapi entah macam mana, Adra terlihatkan bahawasanya ada promosi dilakukan oleh Pasaraya Tesco terhadap susu Isomil Adra. Jadinya tanpa melengahkan masa, terus sahaja Adra mengajak Mama untuk Tesco Selayang. Kebetulan pula Mama sudah pun mendapat gaji, jadinya bolehlah membeli barangan keperluan sedikit.

Ok, jom kita pergi sekarang

Ok, jom kita pergi sekarang

Memandangkan rumah Adra ini terletak di hujung sekali dan berjauhan dengan lif, maka membawa troli untuk mengisi barangan adalah satu mandatori. Boleh tahan sakit juga tangan ini kalau nak jinjing beg plastik sahaja. Mujur juga rumah Adra ini punya lif. Kalau jenis yang kena menapak menaiki tangga sahaja, Allahuakbar, mesti penat nak membawa barangan tersebut.

Penat juga nak menolak troli ni sebenarnya

Penat juga nak menolak troli ni sebenarnya

Sebetulnya juga, Tesco ini lebih menjadi kegemaran Adra berbanding dengan Pasaraya Besar yang lain oleh kerana ruangan parkir yang cukup luas serta di Tesco ini sebenarnya juga agak kurang pengunjung yang datang. Kira selesa jugalah nak memilih barangan keperluan berbanding dengan tempat lain yang sentiasalah sesak, baik di ruangan parkir kenderaan mahupun sewaktu untuk membayar barangan keperluan tersebut. Kadang sempat jugalah Adra nak main sorok-sorok dengan Daddy & Mama..hihi.

Sebenarnya ada lagi satu perkara yang membuatkan Adra benar-benar suka datang ke Tesco ini. Setelah penat membeli barangan, sudah tentu Adra akan mengajak Daddy & Mama untuk menemani bermain sebentar disini. Kalau tak dapat, boleh meraung Adra dibuatnya. Jadi, nak tak nak, upah untuk Adra mesti dapat.. 🙂

SAMSUNG

Inilah dia upah yang Adra maksud kan tu..hihi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s