Selamat Pengantin Baharu Uncle Firdaus & Pasangan

Selamat Pengantin Baru..!!

Selamat Pengantin Baru..!!

MInggu sudah Adra telah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat Daddy, Uncle Brader Sasa @ Uncle Firdaus bertempat di Kampung Pengantin, Star Parc. [sila sebut Setapak]. Rasa bertuah sungguh badan buat pasangan kerana berjaya memenangi Tempat Ke 3 Gerbang Cinta Musim ke4 anjuran salah akhbar arus perdana. Adra pun secara tidak langsung turut berasa bertuah kerana dapat menghadirkan diri ke majlis yang sungguh meriah ini.

Memandangkan yang melangsungkan majlis ini adalah rakan sepejabat Daddy, maka sudah tentulah rakan-rakan pejabat Daddy yang lain turut sama hadir bagi memeriahkan majlis. Sewaktu kitaorang sampai sekitar jam 12.30, kelihatan beberapa orang rakan pejabat Daddy telah pun sampai. Maka Adra pun tidak menunggu lama untuk meminta Daddy mencari tempat duduk yang berhampiran, maklumkan rakan-rakan Daddy ini turut mempunyai anak yang lebih kurang sebaya dengan Adra. Maka sudah tentulah Adra turut berasa teruja dan gembira. Yang seronok sudah tentulah Adra berpeluang berjumpa kembali dengan Qistina, anak kepada Auntie Atie yang sebaya dengan Adra tapi kalau tengok sebelah-menyebelah memang ada beza sangatlah..hihi. Bila dah jumpa kawan, maka nak makan pun Adra tak berapa nak kisah sangat dah nak makan ni walaupun Adra tahu lauk-pauk yang dihidangkan sebenarnya memang cukup menyelerakan.

Sekitar jam 1.20, pasangan mempelai pun berarak masuk ke dalam dewan, maka Adra pun terus menarik tangan Daddy untuk melihat dari dekat. Hm..sama padan..bagai pinang dibelah dua Adra tengok Uncle Firdaus dengan pasangannya Auntie Ain. Dah puas melihat perarakan mempelai, Adra membiarkan Daddy menyambung aktiviti pemborakan bersama rakan-rakan yang lain manakala Adra pun menyambung untuk bermain..hihi. Seronok betul rasa. Sekitar jam 2.00 petang, kitaorang pun meminta untuk mengundurkan diri kerana punya urusan di tempat lain. Kepada pasangan mempelai, sekali lagi Adra ucapkan Selamat Pengantin Baharu, moga berkekalan hingga ke anak cucu & akhirnya serta dikurniakan zuriat yang comel-comel belaka. Ok, seperti biasa penutup kepada entri ini adalah gambar-gambar di sekitar majlis.. 🙂

Bergambar depan 'bunting' dahulu

Bergambar depan ‘bunting’ dahulu

Bersama Mama depan pintu masuk ke dalam dewan Kampung Pengantin

Bersama Mama depan pintu masuk ke dalam dewan Kampung Pengantin

Isk Mama ni..lambat pula

Isk Mama ni..lambat pula

Auntie Atie dan keluarganya

Auntie Atie dan keluarganya

SAMSUNG

Auntie Ajin bersama bayi Aisy

Hm..sedapnya

Hm..sedapnya

Auntie Azie pun ada juga

Auntie Azie pun ada juga

Ketibaan mempelai

Ketibaan mempelai

Sama cantik..sama padan

Sama cantik..sama padan

Mama mencuba untuk mendukung Aini, anak kedua Auntie Atie

Mama mencuba untuk mendukung Aini, anak kedua Auntie Atie

Si Faris pun ada juga

Si Faris pun ada juga

Bergambar bersama Qistina setelah penat bermain ke sana ke mari

Bergambar bersama Qistina setelah penat bermain ke sana ke mari

Aisyah tiba agak lewat juga waktu itu

Aisyah tiba agak lewat juga waktu itu

Auntie Yan melayan Aisyah makan

Auntie Yan melayan Aisyah makan

Mari bergamba sekali lagi sebelum balik dengan Qistina

Peace Yo..!!

Sebelum balik kita peluk Qistina dulu

Sebelum balik kita peluk Qistina dulu

 

Er, kereta Uncle Firdaus ni..hihi

Er, kereta Uncle Firdaus ni..hihi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s