Mari Ke Kenanga Wholesale City

Yeay..! Dah sampai

Yeay..! Dah sampai

Yang sebenarnya Nenek ada di rumah Adra sejak hari Ahad lepas, sengaja datang untuk berehat di sini. Dan kebetulan, hari ini Daddy & Mama pun turut sama bercuti, maka sesuatu aktiviti yang menarik harus dilakukan. Setelah pelbagai idea dilontarkan, maka kata putus berjaya dicapai, lokasi yang ditujui adalah Kenanga Wholesale City, tempat untuk mencuci mata sambil membeli-belah.

Sewaktu kitaorang sampai sekitar jam 11.00 pagi, kelihatan ruangan parkir di bahagian tingkat bawah agak lengang juga. Barangkali faktor hari bekerja maka kekurangan pengunjung adalah lumrah. Maka, seronoklah kitaorang untuk melihatkan pelbagai jenis pakaian yang diletakkan di luar dan di dalam kedai. Selain Mama & Nenek yang kelihatan teruja, Adra juga turut kelihatan agak teruja kerana melihatkan pelbagiai jenis fesyen untuk kanak-kanak turut ada dijual disini. Harganya boleh tahan murah juga waima dibeli hanya sehelai berbanding jika dibeli di Uptown sekalipun.

Setelah membiarkan Mama & Nenek memilih apa yang patut, maka tiba giliran untuk Adra memilih pula di kedai khusus menjual pakaian kanak-kanak. Maka, puas jugalah Adra nak memujuk Mama supaya membenarkan Adra membuat pilihan sendiri. Agak kecewa juga apabila ada antara yang berkenan di hati Adra tapi gagal memenuhi citarasa Mama. Tak mengapalah, asalkan Mama belanja Adra, Adra ok aja..hihi.

Akhirnya, dapat jugalah Adra 3 helai pakaian dengan harga yang agak munasabah juga. Nenek pun membeli 2 helai juga pakaian di Kenanga ini. Setelah penat berjalan, maka kitaorang memutuskan untuk pulang sambil mencari tempat untuk makan tengahari di Kampung Baru sebelum berangkat pulang ke rumah dengan perasaan gembira.

Pening juga nak pilih yang mana satu ni

Pening juga nak pilih yang mana satu ni

Ok tak baju ni Mama?

Ok tak baju ni Mama?

Terima kasih Mama..!!

Terima kasih Mama..!!

Sebelum balik kita pekena susu dululah

Sebelum balik kita pekena susu dululah

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s