Mari Bersuka Ria Di Berjaya Times Square Theme Park

Wow..seronoknya rasa

Wow..seronoknya rasa

Wah..bukan main panjang lagi judul entri Adra kali ini. Ahad lepas, Adra telah berpeluang buat pertama kalinya berkunjung ke salah Taman Tema Dalaman yang terbesar, Berjaya Times Square Theme Park yang terletak di Jalan Imbi. Kehadiran kitaorang di sini turut disertai oleh beberapa orang rakan Daddy dan juga Mama, bersempena dengan Ulang Tahun yang ke 10 Taman Tema tersebut yang mana hanya bayaran RM10 sahaja dikenakan tidak mengira peringkat usia. Aktiviti santai yang murah sebegini memang Daddy tidak melepaskan peluanglah untuk menghiburkan hati Adra ini..hihi.

Sekitar jam 10.30 kitaorang dah sampai, tempat perjumpaannya adalah di salah satu pusat makana segera, kelihatan keluarga Auntie Atie sudah pun sampai terlebih dahulu. Membiarkan mereka bersarapan dahulu, Adra terus sahaja mengajak si Qistina untuk melihat-lihat kawasan sekitar. Masing-masing waktu ini dah berasa sangat teruja. Terasa lambat pula nak menunggu yang lain menghabiskan sarapan. Sedang ralit bersembang dengan Qistina, tiba-tiba Daddy memberitahu bersiap sedia untuk memasuki ke Taman Tema tersebut. Entah bila keluarga Uncle Fendi & keluarga Auntie Siti datang pun Adra tak berapa nak perasan sangat dah.

Memandangkan ahli rombongan ini lebih bermotifkan ahli keluarga yang melibatkan kanak-kanak kecil, maka sudah tentulah permainan yang dipilih adalah bercorak serupa itu juga. Maka, kitaorang terus sahaja menaiki ke aras 7 di mana tempat kanak-kanak ditempatkan. Memandangkan kitaorang sampai agak awal juga, maka tidak perlulah kitaorang beratur terlalu untuk menaiki sesuatu permainan. Selesai sahaja satu permainan, muncul pula kawan Mama, Auntie Ija bersama ahli keluarganya. Wah, Adra pun bukan main seronok lagilah dapat berjumpa dengan lagi ramai kawan-kawan.

Sekitar jam 2.00 petang, Adra dah mula bagi isyarat kepada Daddy bahawasanya kepenatan bermain sudah berada di tahap maksima. Perut pula sudah berasa lapar. Mata pula dah berasa mengantuk. Jadinya, Daddy terus sahaja Adra, Daddy & Mama menuju ke medan selera untuk mengisi perut. Di kala ini, ahli rombongan yang lain memang entah ke mana hala entah. Terlalu ramai sangat orang yang mengunjungi Taman Tema ini. Masuk sahaja dalam kereta, seperti biasa, pekena susu, terus sahaja Adra tidur. Terima kasih Daddy & Mama kerana telah menggembirakan Adra sangat-sangat. Buat semua ibubapa ahli rombongan, moga kalian juga perolehi pahala kerana telah menggembirakan hati anak-anak ini 🙂 .

Ok, mari Adra bahagi-bahagikan tiket ni

Ok, mari Adra bahagi-bahagikan tiket ni

Lepak & sembang dulu dengan si Qistina

Lepak & sembang dulu dengan si Qistina

Ahli rombongan yang hadir

Ahli rombongan yang hadir

Bergambar bersama Aisyah pula

Bergambar bersama Aisyah pula

Yeay..!! Mama pun sama seronok seperti Adra

Yeay..!! Mama pun sama seronok seperti Adra

Handal juga Adra memandu

Handal juga Adra memandu

Peace Yo..!!

Peace Yo..!!

Aisyah bersama Adam pula

Aisyah bersama Adam pula

Si Faris pun nak bermain bersama

Si Faris pun nak bermain bersama

Keluarga Auntie Ija

Keluarga Auntie Ija

Mujur tak berapa ramai sangat yang beratur

Mujur tak berapa ramai sangat yang beratur

Ada juga bergambar bersama Daddy

Ada juga bergambar bersama Daddy

Si Aini sambil terlelap pun sempat lagi bermain..hihi

Si Aini sambil terlelap pun sempat lagi bermain..hihi

Sambung bermain di sini pula

Sambung bermain di sini pula

Bersama ahli rombongan yang lain dalam satu permainan

Bersama ahli rombongan yang lain dalam satu permainan

Advertisements

2 thoughts on “Mari Bersuka Ria Di Berjaya Times Square Theme Park

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s