Kena Gunting Rambut Jua Akhirnya

Entah apala rupa Adra nanti

Entah apala rupa Adra nanti

Hari Selesa lepas sewaktu pulang daripada berjalan ke Kenanga Wholesale City tersebut, entah macam mana tiba-tiba Mama telah melontarkan idea supaya memotong rambut Adra ini yang kelihatannya sangatlah tidak terurus jika dibiar begitu sahaja. Rasanya umum mengetahui bahawa rambut Adra ini tersangatlah keritingnya sehingga amat sukar untuk diuruskan. Maka, pada hari tersebut terus sahaja Mama membawa Adra ke salon gunting rambut. Adra dah mula kellihatan gusar, entah fesyen apalah yang bakal dilakukan oleh tukang gunting tersebut. Dibuatnya tersalah gunting, mau botak dibuatnya rambut Adra ini nanti. idea supaya memotong rambut Adra ini yang kelihatannya sangatlah tidak terurus jika dibiar begitu sahaja. Maka, terus sahaja Mama membawa Adra ke salon gunting rambut. Adra dah mula kellihatan gusar, entah fesyen apalah yang bakal dilakukan oleh tukang gunting tersebut. Dibuatnya tersalah gunting, mau botak dibuatnya rambut Adra ini nanti 😦

Pada mulanya, Mama memang gagal sama sekali untuk memujuk Adra supaya memotong rambut. Protes Adra dengan mendiamkan diri nampaknya seakan berjaya untuk tidak memotong rambut. Namun akhirnya Adra tewas juga dengan pujukan Daddy. Daddy berjaya juga memujuk Adra supaya membenarkan rambut dipotong. Namun, muka Adra tetap masam mencuka sebagai tanda protes. Mujur juga brader tukang gunting berambut K-Pop itu berjaya menggunting rambut Adra dengan pantas dan tangkas. Tak sampai 10 minit, selesai sudah proses pengguntingan rambut Adra ini. Hm..bila dah berambut pendek ni, kelihatan ok juga..iya tak?? 🙂

Monyok... :(

Mujur Daddy ada..

Mama pun turut sama memujuk Adra

Mama pun turut sama memujuk Adra

Inilah dia rupa Adra selepas digunting..ok kan..??

Inilah dia rupa Adra selepas digunting..ok kan..??

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s