Mari Menjaga Aliff Mikael

Hari ini merupakan hari pertama untuk AcuMira kembali bekerja setelah selamat menjalani ibadah pantang bersalin tempohari. Entah boleh ke tidak AcuMira nak meninggalkan sikecilnya buat pertama kali ini..hihi. Dan buat pertama kalinya jugalah si kecil Aliff Mikael ini akan dijaga oleh Adra, Tokwan & Tok sahaja. Setakat selama ini, Aliff ini jarang memberikan masalah yang besar. Nak mendengar beliau menjerit menangis pun jarang sekali. Biasanya Adra sahajalah yang menjerit apabila kena sakat dengan Tokwan.

Barangkali, kalau-kalau Aliff ni merengek dek kerana kelaparan, boleh juga Adra tolong membancuh susu, itu pun jika diizinkan Tok sama Tokwan lah kan. Karang, susu berterabur, botol campak entah ke mana, Adra juga yang kena marah..hihi. Ada eloknya Adra meneruskan rutin Adra bermain seperti biasa sambil menonton siaran kartun. Sesekali bolehlah kot nak tolong jengukkan si Aliff ini sementara Tok sibuk memasak di dapur, iya tak? Jadi, kepada AcuMira, selamat kembali bekerja iya. Jangan risau, Aliff Mikael ini Insya Allah selamat di bawah jagaan Adra 🙂

Hai..sayalah Aliff

Hai..sayalah Aliff

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s