Mari Pergi Kenduri Kahwin Kawan Mama

Selamat Pengantin Baharu

Selamat Pengantin Baharu

Sedar tak sedar, musim cuti sekolah kembali lagi. Adra pun sebenarnya tidak berapa nak perasan sangat dah tiba musim cuti sekolah ke belum. Tapi bila Mama beritahu ada jemputan ke majlis perkahwinan, maka syak wasangka Adra tepat sama sekali. Maka, semalam, kitaorang telah menuju ke Bentong, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat Mama. Kitaorang memulakan perjalanan memasuki Tol Gombak sekitar jam 11.30 pagi. Perjalanan menuju ke Bentong agak lancar sahaja. Adra pun tenang sahaja duduk di kerusi belakang bersama Mama sambil melayan kartun di skrin dalam kereta.

Sekitar jam 12.15 tengahari kitaorang sudah pun selamat memasuki Bandar Bentong. Tak sampai beberapa minit, kitaorang berjaya sampai di rumah pengantin yang terletak di kawasan Chamang. Cumanya kitaorang terpaksa meletakkan kereta agak jauh sedikit kerana begitu banyak sekali kereta di bahu jalan. Mujur juga cuaca agak redup, barangkali berkat kawasan berbukit yang terdapat di sekitar Bentong ini. Sampai sahaja di rumah pengantin, kitaorang terus sahaja menuju ke meja makan untuk memulakan sesi pemakanan Nasi Minyak.  Ada jugalah Adra terserempak dengan beberapa orang kawan pejabat Mama. Adra sekadar mengangkat kening sahaja, maklumlah tengah makan kan. Mereka juga memahami agaknya.

Sesudah selesai upacara pemakanan Nasi Minyak, Adra dan Mama terus sahaja masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan Pengantin membiarkan Daddy menunggu di luar rumah sahaja. Cantik juga Adra tengok pengantin sehingga terlupa pula nak mengambil gambar bersama..hihi. Keluar sahaja dari rumah pengantin, terus sahaja kitaorang mengundur diri untuk pulang semula ke Selayang. Buat pasangan mempelai, Selamat Pengantin Baharu Adra ucapkan.

Er, cantik juga rasanya sesekali pakai Gaun macam ni kan..

Er, cantik juga rasanya sesekali pakai Gaun macam ni kan..

Yeay..dah sampai Bentong

Yeay..dah sampai Bentong

Jom..lapar dah ni

Jom..lapar dah ni

Jemput makan ya

Jemput makan ya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s