Merajuk

Hm..merajuk. Tak nak kawan Daddy!

Hm..merajuk. Tak nak kawan Daddy!

Rasanya semua kanak-kanak pasti pernah melalui frasa merajuk ini. Seawal usia 2 bulan sebenarnya perasaan rajuk ini sudah mula meresap ke dalam diri kanak-kanak. Bercerita pasal merajuk ini, minggu sudah Adra telah mengalaminya. Bukannya apa, sebenarnya minggu sudah Adra telah mengikuti Daddy & Mama pergi membeli barangan di sebuah Pasaraya Besar di Wangsa Maju. Seperti biasalah, bila terlalu sahaja ruangan menjual barangan permainan sudah tentu perasaan teruja Adra ini tidak dapat dibendung sama sekali. Sudahnya, Adra terlihat dan terberkenan akan salah satu barang permaian yang dipamerkan itu. Maka, Adra pun mintalah kepada Daddy agar membelikan untuk Adra.

Akan tetapi Daddy tidak melayan permintaan Adra itu. Apa lagi, Adra pun mulalah merajuk setelah beberapa kali percubaan memujuk supaya permintaan Adra itu ditunaikan. Masih lagi gagal walau pun Daddy & Mama telah membawa Adra pergi ke bermain di kawasan permainan yang terdapat di dalam pasaraya berkenaan. Bawa Adra pergi makan pun rajuk masih lagi di hati Adra. Tapi kebiasaanya rajuk Adra ini boleh bertahan sehingga dua hari. Waktu itu, jangan haraplah nak manja-manja dengan Adra selagi tak dapat apa yang Adra inginkan..hihi.

Merajuk. Tapi gaya mesti ada. Peace Yo.. hihi

Merajuk. Tapi gaya mesti ada. Peace Yo.. hihi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s