Daddy Tak Mahu Kawan Dengan Adra

Sebenarnya peristiwa ini berlaku sedikit masa dahulu. Tapi baru sekarang ini Adra ada idea nak menulis tentangnya. Secara jujurnya, Adra memang rapat dan manja sangat dengan Daddy berbanding dengan Mama. Memang tidak dapat dinafikan lagi. Malah untuk pengetahuan semua kalau di rumah, Adra masih duduk diriba Daddy jikalau menonton kaca tv, sejak dari kecil sehinggalah ke sekarang ini. Empuk orang kata..hihi. Jadi memang tidak hairanlah kalau sememangnya Adra terlalu manja dengan Daddy. Kalau kena marah dengan Mama pun, Daddy lah orangnya yang selalu menyebelahi Adra. 🙂

Akan tetapi, Adra memang tak boleh langsung kalau Daddy marah. Adra tak boleh. Adra akan berasa sedih dan mudah untuk menangis. Hairan juga. Kalau kena marah dengan Mama, tak ada pula Adra berasa serupa ini. Masih steady lagi orang kata. Pernah sekali, Adra secara tidak sengaja (sengaja yang sebenarnya) telah merosakkan barang kepunyaan Daddy yang sememangnya Daddy simpan buat koleksi kesayangan beliau.  Apa lagi, terus kena jerkah dengan Daddy satu kali. Lepas itu terus sahaja Daddy berkata dalam keadaan marah ” Dah..pergi sana..jangan kawan Daddy. Siapa suruh rosakkan barang Daddy?? ”

Adra kira, itu adalah momen kena marah yang teruk jugalah daripada Daddy. Tidak pernah Daddy marah sebegitu. Lepas Daddy mengeluarkan kenyataan itu, terus sahaja Daddy buat tak layan dengan Adra. Adra sedih betul waktu itu bila mana Daddy tidak mahu berkawan lagi dengan Adra. Adra pujuk panggil Daddy manja-manja pun Daddy senyap sahaja. Sudahnya Adra pun nangis sahajalah sebagai jalan terakhir. Mama pujuk pun Adra tak layan. Adra nak Daddy juga 😦

Akhirnya setelah puas membiarkan Adra menangis, barulah Daddy mendapatkan Adra untuk memujuk. Terus sahaja Adra peluk Daddy erat-erat. Sorry Daddy. Adra minta ampun. Adra janji tak buat lagi.

Sorry Daddy...

Sorry Daddy…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s