Hari Pertama Di Tadika Auza

Bersiap di awal pagi

Bersiap di awal pagi

Akhirnya, tarikh yang ditunggu-tunggu Adra tiba jua. Tanggal 2 Januari 2014 Adra akhirnya selamat memulakan pengajian di Tadika Auza..Eceh, dramatis juga permulaan entri Adra kali ini. Begini ceritanya..

Tepat jam 6.30 Daddy dah pun mula mengejutkan Adra secara perlahan-lahan di rumah Tok. Entah bila sampai pun Adra tak pasti. Bimbang mood Adra lari barangkali kena kejut sebegitu awal. Tapi bila mana Daddy berbisik perlahan di telinga menyatakan bahawa hari ini merupakan bermulanya persekolahan, maka perasaan teruja ini terbit dengan sendiri. Terus hilang rasa mengantuk.

Akhirnya tepat jam 7.15 Adra pun bersiap sedia untuk menuju ke Tadika. Memandangkan pihak Tadika masih belum dapat menyediakan pakaian seragam, maka pakaian biasalah yang menjadi pilihan Mama untuk menyiapkan Adra.  Memandangkan waktu masuk adalah sekitar 7.30 pagi, maka waktu yang ada Adra pergunakan sebaiknya untuk pekena Susu sambil bermain-main dengan Aliff Mikael.

Tepat 7.30 pagi Adra dah pun terpacak di pintu pagar Tadika Auza tersebut. Kelihatan ada lagi yang lagi awal daripada Adra rupanya. Perasaan ketika itu bercampur-baur. Rasa teruja & takut silih berganti bermain-main di kotak fikiran Adra ini. Mujur juga kata-kata perangsang daripada Daddy & Mama berjaya membuatkan perasaan teruja ini lebih kuat. Maka, Adra pun dengan bersahaja sahaja melangkah masuk ke dalam Tadika meninggalkan Daddy & Mama. Memandangkan masih awal, maka pihak Tadika menayangkan siri kartun bagi membolehkan kanak-kanak sebaya Adra ini dapat menenangkan diri sementara menunggu sesi pembelajaran bermula.

Akhirnya tepat jam 11.30 Daddy kembali muncul di muka pintu untuk menjemput Adra pulang. Sesungguhnya di hari pertama pengajian ini tidaklah terlalu menekankan sangat aktiviti pembelajaran. Lebih kepada santai. Orientasi orang kata. Cumanya di hari pertama ini jugalah Adra telah terjebak dengan satu insiden yang melibatkan pertumpahan darah dalam kuantiti yang kecil. Hidung Adra telah dicakari oleh budak lelaki. Puncanya, sebab Adra berebutkan mainan..hihi. Perkara biasalah. Liku-liku sebagai kanak-kanak yang bertadika memang begini. Adra ok sahaja. Yang penting, Adra seronok untuk ke Tadika. 🙂

Cantikkan beg yang Tok belikan ini

Cantikkan beg yang Tok belikan ini

Bergambar dengan si kecil Aliff yang sibuk juga dah bangun..hihi

Bergambar dengan si kecil Aliff yang sibuk juga dah bangun..hihi

Sampai awal pekena kartun dahulu

Sampai awal pekena kartun dahulu

Yeay..dah habis kelas!!

Yeay..dah habis kelas!!

Kesan calar di tepi hidung Adra

Kesan calar di tepi hidung Adra

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s