Cikgu Kata Degil

Hm..sebenarnya Adra macam tak ada berapa idea nak menulis pasal ini. Tapi bila mengenangkan, perkara ini jugalah yang membuatkan Adra sedikit rungsing sebenarnya sehinggakan nak pergi ke Tadika pun Adra tak punya semangat.

Sudah beberapa kali sebenarnya cikgu memanggil Adra dengan panggilan “Degil” sewaktu di tadika. Memang tidak dapat dinafikan, Adra ini kadang ada juga kadang terlanggar peraturan sekolah. Tapi apalah yang hendak diharapkan pada kanak-kanak yang berusia 4 tahun macam Adra ini. Tidak sepatutnya perkataan “Degil” itu dilemparkan terhadap kanak-kanak.   Rasanya cikgu-cikgu zaman sekarang ini semuanya berkelulusan yang elok, bukannya jenis cikgu kampung.

Sepatutnya kanak-kanak ini ditegur dengan kata-kata yang elok sekiranya ada membuat kesilapan supaya kanak-kanak tidak terus memberontak. Dah namanya lulusan Universiti, sudah tentu telah dipelajari teknik-teknik sepatutnya untuk menguruskan kanak-kanak yang agak lasak seperti Adra ini.  Kalau tak boleh nak handle kanak-kanak, baik berhenti jadi cikgu. Jadi benda lain yang tidak melibatkan sebarang urusan dengan kanak-kanak.

Mujur juga Daddy & Mama ada memberikan kata-kata perangasan kepada Adra agar tidak mudah mengalah. Sebaliknya Daddy telah memperturunkan ilmu kepada Adra agar terus tabah dalam menjalani liku-liku sebagai anak kecil. Tengoklah macam mana, kalau ada lagi kata-kata yang kurang elok dilemparkan terhadap Adra, Adra tidak akan teragak-agak untuk menggunakan ilmu yang Daddy ajar..hihi. 🙂

“Adra tak degil. Cikgu yang degil sebenarnya”

Advertisements

2 thoughts on “Cikgu Kata Degil

  1. Assalam..i was thinking to send my daughter kat tadika auza taman bullion mewah..nk your personal opinion on how things going on there..mintak your advice ye..tq in advance..

    • Setakat ini alhamdulillah perkembangan positif untuk anak yang berusia 4 tahun. Dah boleh menghafal & mengenal huruf. Cikgu pun ok sebenarnya. Cuma kalau ada anak yang kuat makan, pasti akan cepat berasa lapar kerana pihak tadika hanya menyediakan buah & susu seawal jam 7.45 pagi dan “makanan berat” yang berupa kek pisang misalannya pada sekitar jam 9.30 pagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s