Bercuti Di Glory Beach Resort Port Dickson

SAMSUNG Sebenarnya percutian ini telah pun berlangsung pada awal minggu cuti sekolah dahulu. Percutian yang melibatkan beberapa ahli keluarga sebelah Mama ini khusus dianjurkan untuk menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Moyang Adra sebenarnya. Nak kata macam mini Hari Keluarga pun boleh jugalah sebenarnya. Sebenarnya sebelum tiba di lokasi, Adra, Mama & Daddy dah pun bergerak lebih awal menuju ke Seremban untuk berjalan-jalan di sana terlebih dahulu. Sekitar jam 11.30 pagi kitaorang dah pun sampai ke Aeon Seremban2. Sewaktu di Aeon Seremban2 ini, sempat jugalah kitaorang makan tengahari di Pizza Hut sebelum bergerak ke lokasi penginapan menggunakan laluan jalan dalam.

Kita makan dulu

Kita makan dulu

Usai selesai upacara pemakanan, maka terus sahaja kitaorang bergerak menuju ke lokasi penginapan yang mana hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Sewaktu kitaorang sampai, masa memang ngam-ngam waktu untuk daftar masuk. Walaupun agak ramai pengunjung, namun urusan daftar masuk berlangsung agak lancar juga. Kitaorang ditempatkan di Blok E Tingkat 1. Mujur juga Apartment 3 bilik yang telah ditempat sebanyak 3 unit itu kesemuanya mengadap laut. Seronok betul rasa. Dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup, memang syahdu jugalah rasa dibuatnya. Memandangkan masing-masing agak penat, maka, urusan pertiduran segera berlangsung, terutama Daddy yang kelihatan agak letih. Tapi Adra tak ada pula rasa letih. Lebih rasa teruja barangkali apabila melihatkan kelibat Sufi Hafriz yang semakin comel dengan keletahnya.

Ya Allah..tenangnya rasa

Allahuakbar.. cantik kan pemandangan

Inilah dia Sufi Hafriz

Inilah dia Sufi Hafriz

SAMSUNG

Sebaik sahaja Daddy bangun sekitar jam 5 petang, terus sahaja Adra mengajak Daddy untuk menuju ke Kolam Renang untuk bermain air. Adra punya teruja jangan cakaplah. Seronok betul dapat bermain air bersama-sama ahli keluarga yang lain. (Gambar bermain di kolam renang malangnya tiada dalam simpanan Daddy). Selama satu jam jugalah Adra bermain air. Lebih kurang 6.30 petang, kitaorang semua pun naik semula ke penginapan untuk bersiap-siap untuk upacara BBQ pada sebelah malamnya pula. Kebetulan penat bermain air, maka selayaknya Adra berasa penat dan langsung terus tertidur sambil pekena susu di pangkuan Daddy. Lama juga tak bermanja dengan Daddy seperti ini.

 

Selfie dengan Daddy

Selfie dengan Daddy

Minum susu dipangku Daddy..sedap betul rasa

Minum susu dipangku Daddy..sedap betul rasa

Terus lena

Terus lena

Acara BBQ pada sebelah malamnya bermula selepas waktu Maghrib. Adra sebenarnya tak ambil pusing sangat sebab masih lagi lena. Letih. Tak disebabkan berasa lapar, maka Adra pun turut serta menyertai ahli keluarga yang lain di bawah. Mujur juga upacara potong kek masih lagi belum berlangsung untuk menyambut ulang tahun kelahiran Moyang Adra. Sempat jugalah merasai suasana riuh rendah. Buat Moyang, Adra ucapkan semoga terus berada dalam lindunganNya. Upacara BBQ berlansung sekitar lewat jam 11.00 malam tapi seawal jam 10.00 lagi Adra dah pun memohon untuk mengundur diri. Perasaan mengantuk ini terlalu sukar untuk Adra melawan. Keesokannya Adra terpaksa pulang seawal jam9.30 kerana harus bergegas untuk menghantar Tok & Tokwan ke KL Sentral pula. Sempat jugalah untuk bersarapan di hotel. Jadi, tamatlah sudah percutian yang sememangnya cukup untuk menggembirakan Adra. Sebenarnya, Adra tengah gembira ni. Insya Allah lagi beberapa hari Adra bakal pergi bercuti sekali lagi.. 🙂

Selamat Hari Ulang Tahun Moyang

Selamat Hari Ulang Tahun Moyang

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s