Hari Kedua : Bercuti Ke Medan

Pagi yang mendamai serta menyejukkan

Pagi yang mendamai serta menyejukkan

Bangun pagi di Berastagi cukup meliatkan. Dia punya sejuk jangan cakaplah. Sedap betul dapat tidur diselaputi selimat tebal. Apabila menjenguk ke luar bilik , memang kabus jelas kelihatan. Setelah Daddy & Mama bersiap mandi, maka giliran Adra pula untuk bersiap untuk turun bersarapan sebelum terus Daftar Keluar untuk menuju ke Kota Medan pula.

Sedap juga sarapan yang disediakan

Sedap juga sarapan yang disediakan

Bersarapan di Hote Sinabung Hill ini agak sederhana. Tetamu pun tidak begitu ramai. Menu yang ada hanyalah Nasi Goreng + Ayam Goreng Kicap + Indo Mee Goreng dan tak lupa juga Roti Bakar. Memandangkan Adra masih lagi belum punya selera, maka hanya menu Roti Bakar yang menjadi pilihan hati. Lebih kurang setengah jam kemudian, kitaorang pun bergegas pula ke bilik untuk bersedia Daftar Keluar, memandangkan Bapak Supir juga telah tersedia menanti di lobi hotel.

Mujur ada juga gambar kesemua jemaah rombongan bersama

Mujur ada juga gambar kesemua jemaah rombongan bersama

Gunung Sibayak dari kejauhan

Gunung Sibayak dari kejauhan

Tapi sebelum berangkat pulang, sudah tentulah agenda bergambar sekali lagi menjadi pilihan untuk tatapan kenangan di blog Adra ini. Tepat jam 9.30 pagi, kitaorang sudah pun mula meninggalkan bumi Berastagi.  Cuma sewaktu dalam perjalanan turun semula, dari kejauhan baru kitaorang dapat melihat Gunung Sibayak dengan jelas sambil mengeluarkan asapnya dek kerana kabus tebal & asap yang menyelubungi  Sementara menantikan 2 jam berikutnya untuk sampai ke Kota Medan, maka pengisian yang sesuai untuk Adra hanyalah tidur sahaja memandangkan masih lagi mengantuk efek ubat batuk yang telah diminum sesudah bersarapan tadi.

Persekitaran Pasar Ikan

Persekitaran Pasar Ikan

Pilihan kain lace yang pelbagai

Pilihan kain lace yang pelbagai

Memang lena sungguhlah Adra tidur. Sedar sahaja dah pun sampai ke kawasan Pasar Ikan. Sekali lagi kaum hawa yang diketuai Mama telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali untuk mencari kain-kain yang cantik. Cuma pilihannya tidaklah sebanyak di Bandung. Tapi masih boleh lagilah untuk menghabiskan Wang Rupiah yang masih berbaki. Cuma kitaorang tidak menghabis masa yang lama di sini disebabkan faktor cuaca yang agak panas dan juga ditambah lagi faktor yang masih kurang sihat.

Sebaik sahaja Rupiah bertukar tangan, maka Daddy pun mengajak kitaorang untuk ke Rumah Makan kerana sudah masuk waktu makan bagi kawasan Medan dan yang sewaktu dengannya. Pilihannya adalah Rumah Makan Minang. Agak banyak jugalah lauk yang kitaorang ambil waktu makan tengahari itu. Lapar barangkali. Adra pun jamahlah juga dua tiga suap buat syarat. Nak makan pun kurang berselera akibat batuk-batuk yang tidak sudah ini.

Hotel Garuda Plaza

Hotel Garuda Plaza

Baring dululah..rasa macam tak sedap badan pula

Baring dululah..rasa macam tak sedap badan pula

Eh! Eh!..sekali ada Upin & Ipin pula siaran Indonesia ini..hihi

Eh! Eh!..sekali ada Upin & Ipin pula siaran Indonesia ini..hihi

Selesai makan, terus sahaja kitaorang menuju ke Hotel Garuda Plaza yang terletak berhadapan dengan Rumah Makan untuk Daftar Masuk walaupun waktu masih bersisa setengah jam lagi sebelum Daftar Masuk dibenarkan. Mujur juga pihak hotel mengizinkan. Maka, dapatlah Adra berehat lebih awal di hotel yang turut ditempah melalui Narasindo dengan harga yang lebih kurang sama juga dengan harga Sinabung Hill itu. Kira murah jugalah berbanding harga yang ditawarkan oleh pihak hotel sendiri.

Akhirnya....ZZZzzz...

Akhirnya….ZZZzzz…

Setelah berehat sekitar satu jam setengah, Mama meminta izin untuk keluar semula ke Istana Maimon bersama yang lain-lain.  Membiarkan Daddy menjaga Adra yang terasa macam nak demam dah. Tambahan pula, Adra dah cukup mengantuk akibat pekena ubat selepas makan tengahari tadi. Jadinya, tinggallah Adra bersama Daddy sahaja sehingga lewat petang. Dapatlah juga Adra lelapkan mata barang sejam dua untuk bagi segar semula.

Adra pun tidak sedar jam berapa Mama pulang semula ke hotel. Tahu-tahu sahaja sudah masuk waktu Maghrib. Terus sahaja Adra pergi mandi untuk bersiap pergi makan malam pula. Memandangkan masing-masing agak kepenatan, maka lokasi yang dipilih juga berdekatan, berhadapan sahaja dengan hotel. Ayam Penyet Jakarta yang menjadi pilihan.

Ayam Penyet Jakarta

Ayam Penyet Jakarta

Bila tak sihat begini, memang mood Adra pun ke laut jugalah..

Bila tak sihat begini, memang mood Adra pun ke laut jugalah..

Nasi Ayam Penyet ini cuma berharga Rp 10.000 sahaja

Nasi Ayam Penyet ini cuma berharga Rp 10.000 sahaja

Balik sahaja ke bilik, terus pula Mama mengemas dan menyusun semula pakaian untuk disumbat ke dalam bagasi bagi memastikan kesemuanya muat tanpa ada sebarang masalah. Adra pula macam biasalah, lepas balik, pekena ubat dahulu sebelum terus masuk tidur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s