Trip Ke Johor : Hari Pertama

ZZZzzzz..

ZZZzzzz..

Hari Sabtu lepas, sekali lagi Adra telah berpeluang untuk ke Johor/Singapura dengan tujuan utamanya adalah untuk menziarahi Moyang Ali, belah Mama. Oh ya, sememangnya Moyang Rahman yang telah meninggal dunia belah Daddy juga sebenarnya berasal dari Singapura. Moyang Ali ini sebenarnya telah berpisah dengan Moyang yang berada di Melaka lama dahulu. Kiranya belah Mama, Adra masih kedua-dua Moyang sebenarnya. Memandangkan dengar khabar Moyang Ali ini sudah kurang sihat dan sedikit uzur, maka Mama pun bersetuju untuk mengikuti Nenek ke sana. Cumanya kali ini kitaorang memilih untuk menginap di JB sahaja memandangkan anggota rombongan seramai dua buah kereta dan kurang sesuai pula untuk menginap di Singapura seramai itu.

Memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Melaka untuk mengambil Nenek & Nenek Nia yang turut serta, seawal jam 6.30 pagi lagi Daddy dah pun memulakan perjalanan. Biasalah, waktu begini memang Adra masih lena lagi. Jadi, memang Adra lena sahajalah sepanjang perjalanan ke Melaka tersebut. Lebih kurang jam 9.30 pagi kitaorang pun selamat sampai ke kampung. Terus sahaja Adra bersiap untuk menyambung perjalanan ke Johor. Anip pula akan bergerak ke Johor dengan sebuah kereta lagi kemudian.

Yeay..dah sampai JPO

Yeay..dah sampai JPO

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kitaorang dah pun mula meninggalkan Plaza Tol Ayer Keroh untuk terus menuju ke Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan agak tenang juga walaupun kenderaan agak banyak juga dek kerana bersempena dengan cuti Hari Wesak. Setelah menempuh perjalanan lebih kurang dua jam, kitaorang pun menghampiri Plaza Tol Gelang Patah. Cadanganya untuk ke bersiar-siar terlebih dahulu ke JPO sambil makan tengahari di sana sambil menunggukan waktu Daftar Masuk ke hotel nanti. Berkebetulan pula Nenek & Nenek Nia tidak pernah ke sini.

Dapat belon..Terima Abang Badut!!

Dapat belon..Terima Abang Badut!!

Sewaktu di JPO ini, macam biasalah cuaca di persekitarannya sememangnya panas. Bahang. Sewaktu berjalan-jalan di sini, Adra terserempak pula dengan Abang Badut. Adra pun terus sahaja mengajak Mama untuk beratur sama untuk mengambil belon yang diberikan secara percuma. Satu tarikan yang menarik untuk kanak-kanak seperti Adra. Mujur juga Adra terserempak dengan agak awal, tidak perlulah Adra beratur dan menunggu lama, hihi.

SAMSUNG

Sebaik sahaja urusan pemakanan berlangsung dengan lancar, kitaorang pun terus sahaja menuju ke Kozi Hotel, sebuah hotel bajet yang terletak di Teluk Danga yang terletak tidak berapa jauh dari lokasi JPO. Urusan Daftar Masuk juga tiada sebarang masalah. Walaupun hotel ini bertaraf bajet, tapi kemudahan yang disediakan rasanya lagi berbaloi jika dibandingkan dengan sebuah lagi hotel bajet yang pernah Adra inap sebelum ini sewaktu berkunjung ke Johor tahun sudah. Masuk sahaja bilik, kitaorang pun berehat sahaja sambil menunggukan waktu malam.

Menu kepunyaan Adra

Menu kepunyaan Adra

Sesudah solat Maghrib, kitaorang pun mengambil keputusan untuk keluar makan malam di Singgah Selalu yang terletak berhadapan dengan hotel. Pada waktu ini jugalah ketibaan Anip dan juga BikAcu berserta dengan Sufi Hafriz dan juga Wa. Maka, kitaorang bungkuskan sahaja makanan untuk mereka. Menu makan malam Adra adalah Nasi Putih dan juga lauk Ayam Goreng Kunyit. Kira memadailah. Habis makan, terus sahaja kitaorang pulang ke hotel untuk berehat kerana sepatutnya awal pagi keesokkannya kitaorang akan masuk ke Singapura untuk menziarahi Moyang.

Geram sungguh tengok keletah si Sufi Hafriz ni

Geram sungguh tengok keletah si Sufi Hafriz ni

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s