Trip Ke Johor : Hari Kedua

Hari kedua, hari Ahad yang juga merupakan hari bekerja untuk warga kerajaan di Johor. Sepatutnya kitaorang bergerak seawal jam 7.30 pagil untuk masuk ke Singapura dan bersarapan di Geylang Serai. Daddy adalah orang yang paling teruja bila sebut nak bersarapan di sana. Dengar kata Daddy lah yang paling teruja. Tapi apakan daya, perancangan manusia ini sesungguhnya lemah.

Berderet kereta nak masuk ke Singapura

Berderet kereta nak masuk ke Singapura

Tepat jam 9.00 pagi barulah kitaorang bergerak meninggalkan hotel untuk mengisi petrol terlebih dahulu sebelum menuju terus ke Pusat Pemeriksaan Kastam & Imigresen. Mujur juga pemeriksaan di Malaysia berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Cuma sewaktu nak menghampiri ke Woodlands, barulah kelihatan kereta agak banyak dah mula beratur. Boleh tahan lama jugalah kitaorang tersangkut. Rasanya sewaktu jarum jam menghampiri ke angka 11.00 pagi baru kitaorang berjaya menyelesaikan urusan di Woodlands itu.

Alhamdulillah..dah sampai rumah Moyang (bulatan)

Alhamdulillah..dah sampai rumah Moyang (bulatan)

Terus sahaja Daddy menghalakan kereta ke arah Hougang Ave 8, tempat di mana Moyang tinggal. Gembira jugalah dapat berjumpa dengan Moyang, walaupun kelihatannya Moyang sedikit uzur. Tapi beliau masih lagi mengingati Adra dan lain-lain ahli rombongan. Nenek pula terus meminta Moyang agar segera bersiap untuk membawa Moyang keluar bersarapan (bagi kitaoranglah yang masih belum bersarapan lagi). Memandangkan waktu dah pun menghampiri ke waktu tengahari, maka terus sahaja Daddy menghalakan kenderaan ke arah Arab Street untuk pekena Nasi Beriani & Murtabak Singapore yang sangat terkenal itu.

SAMSUNG

Alhamdulillah, dapat juga merasa Nasi Beriani yang lazat ni

Restoran ZamZam

Restoran ZamZam

Akhirnya tepat jam 12.30 tengahari barulah dapat bersarapan merangkap makan tengahari sekali. Adra perati masing-masing makan dengan tenang dan ada sebarang kejadian tumpah darah yang berlaku akibat kelaparan. Adra pula memang menjadi kegemaran kalau dapat pekena Nasi Beriani. Memang habislah Adra makan sepinggan. Jarang betul Adra dapat habiskan sepinggan nasi.

Teruja betul tengok bukan main banyak lagi pakaian kanak-kanak yang dijual

Teruja betul tengok bukan main banyak lagi pakaian kanak-kanak yang dijual

Setelah selesai upacara pemakanan tengahari tersebut, barulah kitaorang bergerak menuju ke Geylang Serai untuk bersiar-siar sebentar sambil membawa Moyang. Geylang Serai memang menjadi tempat tumpuan orang Melayu di sana. Malah, Moyang pun sememangnya gemar ke sana seorang diri untuk pekena kopi. Suasana Melayu jelas terasa apabila berada di sana. Di Geylang Serai selain daripada menjual barangan basah (pasar di tingkat bawah), di tingkat atasnya juga terdapat pelbagai gerai menjual makanan dan juga pakaian dengan harga yang boleh tahan murah juga sebenarnya.

Lebih kurang 2.30 petang, barulah kitaorang bergerak untuk menuju pulang semula ke rumah Moyang berehat sebentar sebelum pulang semula ke Johor. Entah bagaimana, Nenek berjaya juga memujuk Moyang agar mengikut kitaorang untuk pulang ke Melaka bagi memudahkan Moyang dijaga dengan lebih elok di rumah Nenek. Mujur juga kereta Daddy ini pelbagai fungsi. Masih boleh memuatkan seorang lagi penumpang dengan agak selesa. Sampai sahaja di rumah Moyang, terus sahaja Nenek membantu Moyang untuk mengemas pakaian sambil Daddy berehat kerana kepenatan memandu kereta. Lebih kurang selepas waktu Asar, barulah kitaorang bergerak meninggalkan bumi Temasek bergerak menuju ke Johor semula.

Sesak hala masuk ke Singapura

Sesak hala masuk ke Singapura

Alhamdulillah, urusan pemerikasaan di Imigeresen & Kastam di kedua-kedua Singapura & Johor berjalan dengan lancar tanpa masalah. Tiada sebarang kesesakan. Cuma hala masuk ke Singapura sahaja jumlah kenderaan memang banyak dan mengalami kesesakan. Sampai sahaja di hotel, terus sahaja mencari katil dan berehat kerana boleh tahan penat juga sebenarnya. Sempat jugalah Adra tidur sebentar sementara menantikan waktu malam untuk keluar makan semula.

SAMSUNG

Sebaik sahaja selesai urusan solat Maghrib, barulah kitaorang bergerak menuju ke kawasan Jam Besar di Dataran MBJB untuk mengisi perut bagi makan pula yang terkenal dengan konsep penyediaan gerai berasaskan Van Luton. Kitaorang lepak makan pun tidak lama kerana masing-masing dah penat dan mengantuk. Pulang sahaja ke hotel, Adra berjaya juga memujuk Daddy untuk singgah sebentar ke Danga Bay untuk bermain permainan di situ. Mujur juga Daddy benarkan walaupun sebenarnya  kitaorang dah penat sangat seharian berjalan. Balik sahaja ke hotel, terus sahaja Adra masuk tidur dek kerana kepenatan.

SAMSUNG

SAMSUNG

SAMSUNG

SAMSUNG

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s