Kehilangan Buat Selamanya

Gambar kenangan ketika bercuti di Bandung tahun sudah

Gambar kenangan ketika bercuti di Bandung tahun sudah

Tanggal 3 hb Julai 2014 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435 H, lebih kurang jam 3.45 pagi Wa Moning telah pun dijemput ke pangkuan Ilahi untuk menemui penciptaNya. Maka, berdukalah seluruh ahli keluarga Adra akan hilangan buat selamanya ini. Sebenarnya, selama Adra tidak mengemaskini blog ini, selama itulah Wa Moning ataupun nama penuhnya Asmooni Bin Pagi telah jatuh sakit dan uzur. Dan selama itulah Adra, Daddy & Mama telah kerap berulang-alik ke Melaka untuk menjenguk arwah.

Semalam, sekitar jam 4.15 pagi, Mama telah dihubungi oleh Nenek untuk memaklumkan bahawa terdapat anggota polis yang hadir ke rumah memaklumkan supaya hadir ke hospital dengan kadar segera. (Arwah telah pun dimasukkan ke hospital semenjak minggu lepas buat kali kedua) Apabila sampai sahaja di hospital, maka berita duka itu pun disampaikan ke Mama. Maka, sebaik sahaja selepas waktu  Subuh, terus sahaja kitaorang bergegas pulang ke kampung.

Sebaik sahaja sampai ke kampung, Adra dapat lihat wajah Nenek begitu sugul sekali duduk di tepi jenazah. Adra yang masih keliru hanya mendiamkan diri. Melihatkan suasana sedih di dalam rumah, Adra juga sebenarnya berasa sedih dan pilu. Walau pun hubungan Adra dan Wa Moning kurang rapat kerana Adra lebih rapat dengan Nenek, akan tetapi Adra yakin bahawasanya Wa Moning juga amat menyayangi Adra, sama seperti Nenek menyayangi Adra.

Lebih kurang jam 11 lebih, jenazah selamat pun dikebumikan di Perkuburan Kg Kolam, Limbongan ,Melaka. Moga roh Wa Moning ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 😦

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s