Membeli-Belah Di Masjid India

SAMSUNG

Jumaat malam Sabtu lepas Adra telah berpeluang untuk mengunjungi kawasan tempat membeli-belah yang terkemuka di Kuala Lumpur ini, kawasan Masjid India bersama Daddy dan juga Mama. Kitaorang mula bergerak menuju ke lokasi sebaik sahaja nasi dah mula turun ke perut sesudah berbuka. Mujur juga masalah parkir kereta tidak menjadi masalah kerana pejabat Daddy yang terletak di kawasan belakang Majid India ini sahaja. Jadinya, sedang masyarakat lain payah mencari kawasan parkir, Daddy pula dengan tenang sahaja kembali memarkir kereta di kawasan pejabat. Percuma. 🙂

Ketika mula menjejaki kawasan Masjid India, Adra perhatikan memang ramai manusia yang berpusu untuk melewati setiap gerai yang menjual pelbagai keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Adra pun tidak melepaskan peluang untuk membeli keperluan Hari Raya. Dapatlah sepasung kasut & pijamas baharu..hihi. Seronok rasa. Kitaorang tidak lama berada di sana kerana Adra mula rasa kurang selesa disebabkan dah mula rasa panas. Jadi, terus sahaja Adra mengajak Daddy & Mama untuk bergegas pulang.

Tapi sebelum pulang, Daddy mengajak kitaorang untuk menyinggah sebentar untuk menikmati Teh Ais & Teh Tarik di Kedai Mamak Selangor Mansion yang dengar katanya cukup terkenal kualiti Teh Tarikhnya sejak berzaman lamanya. Usai sahaja selesai sesi peminuman tersebut, barulah kitaorang bergerak pulang. Adra pula macam biasalah, dah masuk waktu untuk lelap bilamana jam mula melewati angka 10 malam. Terus terlena dalam kereta sambil ditemani dengan pendingin hawa kereta yang cukup nyaman.

Hm..nak pilih yang mana satu ya?

Hm..nak pilih yang mana satu ya?

Pelbagai kasut "berjenama"..rambang mata Adra dibuatnya

Pelbagai kasut “berjenama”..rambang mata Adra dibuatnya

Teh Tarik & Teh Ais yang sedap

Teh Tarik & Teh Ais yang sedap

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Membeli-Belah Di Masjid India

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s